Tuesday, December 3, 2019

FAKTA YANG DISOROK: KOMUNIS TIDAK PERNAH MEMBUNUH WALAU SEORANG PUN ORANG MELAYU.



“MASIH jelas terbayang ibu dirodok dengan lembing oleh komunis! Ketika itu senjata bersepah seperti kayu api.”

Itu cerita seorang warga emas, Tik Sulong, 89, yang menjadi saksi bagaimana ibunya Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan seorang anak saudara yang masih kecil ditikam dengan lembing di hadapan mata.

Turut menjadi korban abang ipar serta seorang lagi anak saudara yang rentung selepas komunis membakar kediaman mereka dalam kejadian pada jam 6 pagi Sabtu, 10 Jun 1945 di Parit Sulong di Batu Pahat, Johor.

Ujar warga emas itu, setiap kali teringat kepada kekejaman, kezaliman dan penderitaan oleh komunis itu, air matanya pasti akan mengalir.


Gambaran kejadian oleh Datuk Jamil Sulong

Mengimbau kejadian menyayat hati itu, Tik sekali-sekala menyeka air mata yang mengalir pilu di pipinya.

Menurut Tik, ketika tragedi itu berlaku, ayahnya, Sulong Mohammad yang merupakan seorang ketua kampung tiada di rumah kerana ke kebun bagi memantau kerja-kerja menuai padi yang dilakukan pekerja-pekerja upahan.

Ceritanya, pagi itu mereka sekeluarga yang tinggal di rumah dua tingkat itu bangun awal pagi. Dia yang ketika itu berusia 15 tahun sempat membantu ibunya menyediakan pisang goreng untuk sarapan pagi.

Secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi ketukan bertalu-talu diikuti dengan bunyi tembakan senapang dan juga jeritan orang ramai memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang.

Menurut Tik, dia yang ketika itu di dapur bersama ibu dan adik bongsunya berusia dua tahun bergegas melarikan diri.

Ibunya sempat mendukung adik bongsu dan mereka bertindak terjun ke kolam ikan di belakang rumah.

Jelas di matanya apabila anggota komunis dengan kejam menikam ibunya di bahagian perut dan kemaluan.

Tikaman itu turut kena pada adik bongsunya menyebabkan percikan darah yang banyak.

Tambah Tik, jari ibunya turut dipotong setelah anggota komunis itu ingin mengambil beberapa bentuk cincin yang dipakai.

Tidak terhenti di situ, ekoran serangan itu, kakak sulungnya yang sedang berpantang bertindak terjun dari loteng rumah bersama anak lelakinya berusia empat tahun dan kejadian itu turut mengakibatkan anak saudaranya ditikam dengan lembing.

"Terus tikam. Mula mula dia tembak, dari jauh dia tembak. Dia datang tembak pakai lembing, dia pakai lembing panjang tu. Nampak dia datang tu, terus terjun je."

Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila dia yang berada di sebelah ibunya tidak diapa-apakan.

Masih segar di ingatan Tik suara ibunya yang merayu kepada anggota komunis itu agar tidak membunuh anak kecilnya.

Menurut Tik, dia menyorok di dalam air di sebalik rimbunan daun keladi kira-kira 20 minit sebelum kumpulan komunis bintang tiga itu beredar.

"Kekayaan Tuhan, dia pun tak nampak mak cik. Sama-sama dalam air, dalam paras pinggang. Itu sebenarnya kolam ikan, jadi rumput yang macam pelampung tu penuh, tak nampaklah."

Detik tragis itu tidak terhenti di situ apabila kediaman keluarganya dibakar menyebabkan abang ipar dan seorang lagi anak saudara berusia lapan bulan maut.

Masih segar di ingatan Tik suara ibunya yang merayu kepada anggota komunis itu agar tidak membunuh anak kecilnya, juga jeritan anak saudaranya yang menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis itu.

"Tak ada mayat. Memang mak cik nampak mak kena tikam, sebab dekat. Masa tu ‘Ya Allah ya Tuhanku, janganlah'.

"Bila tengok darah mak tu, dia tunggu. Dia potong jari mak, ambil cincin. Bila dia pergi, dia ramai datang."

Menurut Tik, ketika tanah air diancam komunis, kumpulan pengganas itu bertindak merampas senjata di rumah-rumah pasung (balai polis) manakala anggota polis pula dibunuh.

Selain rumah pasung dibakar, rumah ketua-ketua kampung atau naib ketua kampung juga menjadi sasaran mereka.

Sumber: Astro Awani

Baru- baru ni kita dikejutkan dengan satu  perjumpaan yang difahamkan sebagai perjumpaan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Antara isi perjumpaan itu ialah memohon kerajaan mengiktiraf peranan komunis sebagai perjuang kemerdekaan.

Selepas mengetahui peristiwa hitam yang berlaku kepada keluarga Melayu diatas adakah anda rasa perjuangan komunis itu adalah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan?

Tidak, perjuangan mereka ialah untuk menakluk Tanah Melayu dan menjadikannya sebagai negara Komunis.

Sekian.

Baca juga: CADANGAN LUCUT KERAKYATAN MEREKA YANG MENYOKONG DAN TERLIBAT PARTI KOMUNIS MALAYA.



No comments: