Pages

Tuesday, December 3, 2019

CADANGAN LUCUT KERAKYATAN MEREKA YANG MENYOKONG DAN TERLIBAT PARTI KOMUNIS MALAYA.



Baru-baru ni kecoh tentang satu perjumpaan yang difahamkan sebagai perjumpaan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Foto-Mkini

Berikut pula adalah ulasan yang diberi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama
Abdul Rahim Hilmi Zakariya:

TARIK KEWARGANEGARAAN MEREKA!

Salah satu syarat Perjanjian Hatyai 1989 adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mesti berikrar taat setia kepada YDPA. 

Taat setia di sini bermaksud semua anggota tersebut hendaklah turut sama berhenti mempromosi atau mempertahankan ideologi dan perjuangan PKM kerana antara tujuan komunis dahulu adalah bagi menggulingkan YDPA dan kerajaan baginda yang sah. 

Dari perjanjian inilah, maka kerajaan akhirnya menawarkan permohonan kewarganegaraan secara one off kepada 338 bekas pengganas komunis yang dilahirkan di Malaysia. 

Jadi apabila terdapat reunion di kalangan bekas anggota PKM hari ini yang antaranya bertujuan bagi membuka naratif baru sejarah bahawa perjuangan mereka adalah untuk kemerdekaan, demokrasi, keamanan dan kebebasan, maka secara automatik kesemua mereka sudah melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani 30 tahun dahulu [1] 

Bagaimana kita boleh mengatakan mereka setia kepada Yang DiPertuan Agong jika keparat-keparat ini masih mempertahankan perjuangan yang cuba menggulingkan baginda dahulu? 

Tarik semula kewarganegaraan mereka! Penderhaka-penderhaka ini tidak layak berkongsi tanah dengan kita rakyat Malaysia 

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Dataran Austin, Kuala Terengganu 

Rujukan:
[1] https://m.malaysiakini.com/news/501967

Aku tersangatlah setuju dengan cadangan itu kerana mereka tidak layak menjadi rakyat Malaysia.

4 comments:

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.