Ini adalah respon seorang yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapanya kerana dilanggar pemandu mabuk apabila negara Taiwan mencadangkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian:
Sungguh hebat dugaan yang dialami Syamim itu, tidak dapat dibayangkan jika situasi itu terjadi kepada aku.
Sebenarnya jika mengikut ajaran Islam kes pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian akan dihukum dengan hukuman 'Qisas' atau secara ringkasnya nyawa dibayar nyawa.
Itulah keadilan yang sepatutnya ditegakkan kepada keluarga mangsa.
Aku sepenuhnya menyokong cadangan itu walaupun cadangan Taiwan itu mendapat tentangan gerakan hak asasi manusia.
Gerakan acah² menjaga hak asasi manusia ni sebenarnya golongan yang terkeliru dan jahil yang kononnya menjaga hak asasi manusia tetapi tahukah mereka bahwa mereka telah melakukan kezaliman kepada keluarga mangsa dan orang ramai yang terdedah kepada risiko dilanggar pemandu mabuk yang kita sedia maklum tidak menghiraukan nyawa orang ramai.
Apakah erti hak asasi manusia jika nyawa mangsa kemalangan seperti tiada nilai disisi mereka.
Adakah mereka tetap akan mempertahankan hak asasi pemandu mabuk jika mereka berada dalam situasi yang sama seperti Syamim itu?
Jangan jadi hipokrit.
Sekian.
3 comments:
Jangan harap la JALANG2 penggubal undang2 mahu melihat isu ini secara serius sebab ramai dari mereka2 itu sendiri adalah kaki botol.
Ramai mahu melihat MP2 Muafakat Nasional lebih vokal dalam isu ini!
Pesalah yang menyebabkan KEMATIAN WAJIB dihukum semaksimum mungkin.
Kes matgian ganja yg kena tahan kat coffee (todi) house tu dah apahal eh?
Jangan mimpilah nak harap kan mp2 muafakat nasional nak ambil berat... penyamun tarbus terang2 mereka sokong... ada apa hal dengan pemandu mabuk... mereka pun mabuk jugak.... mabuk kuasa... tu pasal mereka kesana kemari bawak eskot....
Post a Comment