Nuffnang

Innity

Innity

Tuesday, November 19, 2019

APABILA AKAL FIKIRAN TIDAK DIGUNAKAN MAKA INILAH AKIBATNYA.

Foto-sinar harian


Sinar Harian melaporkan:

Tujuh ekor lembu mati selepas dilanggar dua kenderaan di Kilometer 31 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Batu Karang di sini awal pagi tadi.


Menurut penduduk itu bukanlah kejadian pertama, sudah banyak kemalangan berlaku di kawasan itu disebabkan haiwan ternakan berkeliaran dan sudah ada pengguna jalanraya yang cedera parah.


Kalau kita nak salahkan haiwan memanglah tidak wajar kerana haiwan tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia.

Tapi ketahuilah tidak semua manusia menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan.

Salah satu contohnya ialah tuan kepada lembu² itu, walaupun dikurniakan akal fikiran tapi mereka tidak menggunakan akal fikiran apabila membiarkan lembu² peliharaan mereka berkeliaran diatas jalanraya yang pastinya akan mengakibatkan kemalangan.

Harap kejadian ini menjadi ikhtibar kepada semua terutama penternak haiwan.

Aku rasa sudah tiba masanya setiap Majlis Daerah mencontohi Majlis Daerah Besut (MDB) yang telah mula melaksanakan operasi menangkap haiwan merayau secara besar-besaran di daerah mereka.

Mereka melaksanakan peraturan jika haiwan yang sama ditangkap, tindakan denda sekali ganda iaitu sebanyak RM1,000 untuk menuntut setiap ekor lembu yang ditangkap berbanding hanya RM500 seekor bagi kesalahan pertama.

Barulah tuan² haiwan itu akan kembali berakal jika peraturan itu dilaksanakan secara menyeluruh diseluruh daerah di Malaysia.

Sekian.


2 comments:

Anonymous said...

Tebaik bos

Anonymous said...

Tuan lembu mempunyai otak serupa lembu jugak.

Innity