Saturday, November 16, 2019

AHLI POLITIK MALAYSIA KALAH TERUK DENGAN AHLI POLITIK KANADA, INI SEBABNYA:

Foto-reuters


Pemimpin masyarakat atau ahli politik di Kanada mempunyai intergriti yang sangat tinggi.

Inilah nilai moral yang kita mahu ada pada setiap pemimpin dalam dunia.

Perasaan malu akan timbul dalam diri pemimpin apabila sesuatu masyarakat atau negara yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

Sementara itu di Malaysia:

Foto-harian metro

Walaupun kes rogol sedang dibicara, ahli politik Malaysia ini tanpa segan silu kembali bertugas seperti biasa seolah-olah tiada apa² yang berlaku.

Perbezaan yang berlaku antara Malaysia dengan Kanada sangat jelas dan ketara apabila melibatkan intergriti.

Bersalah atau tidak bersalah seseorang itu akan diputus melalui perbicaraan dan kita sesekali tidak mendahului mahkamah.

Namun begitu ahli politik Malaysia sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh ahli politik Kanada ataupun Jepun yang mengambil sikap terpuji untuk bertindak professional dengan berehat atau meletakkan jawatan untuk membersihkan dahulu diri mereka daripada kes salahlaku.

Mereka bertindak demikian kerana menitik beratkan tanggapan masyarakat terhadap diri mereka.

Sekian.

7 comments:

Anonymous said...

Najib awak tak nak komen ke?

na'im nikmat said...

Anon 10:04,

Ada nampak sy ni mcm penyokong Najib & Rosmah ker?

Kalau yer pun terasa dengan post ini tak perlulah kaitkan sy dengan Najib :-)

Tok Ki said...

Apa cakaplah pencinta Najib dan Kak Ros...

na'im nikmat said...

Tok ki, sy tak faham maksud anda...

I said...

Andaian dan prasamgka tuan tanah penyokong dsnr tak baik... Memang intgriti ahli politik kt Msia kurang dan payah nk jumpa... kalau kes fitnah mungkin aada hak untuk ke mahkamah tatapi air keruh do hulu. Bosku yang hebat tu pun tak malu2 nk berlempen lagi dan mendapat sambutan hebat... kenapa ini berlaku... kerana ketaksuban pengikutnya... ke dua kerana dsnr seorang billionaire ..

Anonymous said...

Sudahlah Naim. Kalau awak jujur sebut juga kes-kes ahli pembangkang yg tak tahu malu. Kes mahkamah berpuluh-puluh melibatkan wang rakyat.

Anonymous said...

Maksud anda siapa? Zahid hamidi? Jika dia perasaan malu dia pun patut letak jawatan presiden umno...