Thursday, October 17, 2019

SUATU HARI NANTI MUNGKIN RAKYAT AKAN BERDOA SUPAYA WAKIL RAKYAT MEREKA MATI?


Dalam perjalanan ke Kukup tadi, saya melalui Jalan Parit Jerman. Beberapa orang pekerja sedang menggunakan jentolak mengorek jalan.

Saya difahamkan bahawa kontraktor tersebut baru sahaja memulakan kerja membaiki dan menaiktaraf  jalan pada 2 hari yang lalu dan kerja penurapan jalan dijangka siap pada minggu depan.

Tahniah kepada Kerajaan PH, tiba-tiba cukup rajin dan mempunyai keberkesanan yang "luar biasa" untuk menyempurnakan projek dalam masa 10 hari sahaja.

Patutlah kena tunggu lama iaitu 32 hari baru dijalankan proses penamaan calon untuk PRK Tanjung Piai! Sebab projek belum siap ......?

Banyak lagi projek seumpama ini kot?

Kalau bukan kerana PRK, mana mungkin prestasi  “luar biasa” seperti ini?

Dipetik daripada: Fb Wee Ka Siong

Sampai bila kita nak diperbodohkan oleh orang² politik?

Mereka sanggup buat apa sahaja demi undi tapi selepas menang rakyat dibiarkan menderita dan merayu bagai pengemis...

Setelah berlaku kematian wakil rakyat tiba² rakyat disayangi semula, apa sahaja yang dipinta pasti akan dapat...

Projek terbengkalai tiba² boleh siap... Jangan marah kalau selepas ini rakyat pakat berdoa supaya wakil rakyat mereka mati cepat...

Mohon terasa...




4 comments:

Anonymous said...

Kalau dari awal Bn yg buat, kan tak timbul masalah, jalan dah bertar dan mungkin jadi lebuh raya. PH yang pehang belum sepenggal pun jadi "mangsa".

Anonymous said...

BN cuma tahu memperbodohkan rakyat saja.Di kampung aku puluhan tahun jalan yang di tar berlobang2 tanpa di naik taraf.Yang ada cuma ditampal saja.Apabila orang kampung buat demo akibat tidak puas hati ,barulah mereka bertindak.

Pariajalanan.blogspot.com said...

Salam. Mohon pautkan bloh saya kedalam bloglist tuan. Saya telah melakukan perkara yang sama di dalam blog saya.

https://pariajalanan.blogspot.com/?m=1

na'im nikmat said...

Salam saudara, blog saudara sudah dipautkan...