Thursday, October 17, 2019

REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT, PENANAM TEMBIKAI YANG DIBOIKOT DISERBU ORANG RAMAI.

Benarlah seperti yang dikata bahwa rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat.

Seorang penanam tembikai berdepan situasi genting apabila lambakan tembikai tidak dapat dipasarkan kerana dikatakan telah boikot oleh pemborong non-Muslim.

Berikutan itu pekebun itu telah mengambil keputusan untuk menjual sendiri hasil tanamannya itu.

Apa yang menimpa beliau itu telah mendapat perhatian warga maya yang rata²  bersimpati dengan nasib beliau.

Satu kempen telah dicetuskan oleh warga maya supaya orang ramai membantu pekebun tersebut.

Berikut adalah berita yang dipetik daripada portal Perak Gazette:

IPOH 16 Okt. - Hari ini tular dalam laman sosial mengenai seorang peniaga tembikai yang berdepan masalah untuk menjual hasil tanamannya yang dikatakan tidak lagi dibeli oleh pemborong bukan Melayu.

Akibatnya peniaga Melayu dari Sungai Siput itu terpaksa menjual hasil tanamannya sendiri di tepi jalan besar di Meru Raya dekat sini.

Tanpa diduga, nasib peniaga berkenaan mendapat simpati daripada masyarakat setempat yang beramai-ramai membeli jualan lelaki berkenaan.

Tinjauan Perak Gazette mendapati orang ramai menyerbu tempat jualan peniaga tersebut hari ini.



Para pembeli berebut-rebut membeli jualan tersebut sambil memberikan kata-kata semangat kepada peniaga tersebut.

Pembeli berkata mereka mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi media sosial dan tidak bertangguh lagi untuk membantu peniaga tersebut.

Dengan harga jualan istimewa iaitu RM1 sekilogram, ramai yang membeli dalam kuantiti yang banyak dengan niat untuk membantu peniaga tersebut.

Malah berpuluh-puluh kereta diletakkan berhampiran tempat jualan ketika orang ramai membeli. - Perak Gazette

Ulasan aku mudah, kita orang Islam perlu percaya dan yakin bahwa rezeki itu bukan dipegang oleh pemborong, peruncit atau sesiapa sahaja.

Tetapi rezeki itu milik Allah SWT yakni Maha Pemberi Rezeki.

Mungkin ada yang menyalahkan kempen BMF kerana pemborong membalas tindakan BMF dengan memboikot pekebun² Muslim.

Sebenarnya tindakan boikot itu sedikit pun tidak mematahkan semangat pekebun² dan dan buktinya telah ada didepan mata kita bahwa penentu rezeki itu adalah ALLAH SWT dan kita perlu tawakal.


1 comment:

Atan said...

Alhamdulillah atas keyakinan dan kepercayaan bahawa rezeki tu milik Allah swt. Cuba berfikir kenapa non muslim tak beli seperti yang didakwa? Kalau non muslim beli, di mana dia nak jual kalau orang muslim dah instihar BMF? Adakah produk yang dia beli tu dapat dijual sedangkan muslim tak mahu beli daripada dia? Sebelum menyalahkan orang lain, lihat dulu implikasinya. Jangan asyik menyalahkan orang lain sedangkan kita yang bermula dulu.
Letakkan diri saudara sebagai peniaga non muslim. Islam tak ajar kita sebegini.