Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kewujudan sebuah komik propaganda yang bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'.
Berikut adalah kenyataan Menteri yang dipetik daripada portal Astro Awani:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan berhubung isu pengedaran komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata siasatan terperinci akan dilakukan oleh Bahagian Keselamatan KDN.
Katanya ada perkara yang tidak betul dalam komik itu yang menyentuh unsur politik dan juga negara asing.
"Sebab itu wajar tindakan tegas diambil dan panggil mereka yang menulis untuk dapatkan keterangan lanjut.
"Kita tak boleh ambil tindakan terburu. Kita dah tahu (siapa) pengarangnya dan saya akan arahkan bahagian keselamatan untuk dapatkan penerangan apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini pada Jumaat.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan dan kebenaran tentang pengedaran komik terbabit. - Astro Awani
Berikutan tularnya berita ini seorang pengguna medsos telah berikrar bahwa beliau tidak lagi akan mengundi PH sampai bila-bila, kerana marah dengan perbuatan menghasut minda kanak² sekolah.
Berikut adalah printscreen kenyataannya:
1 comment:
Apa yang hendak diharapkan undi dari pendedak BN ni.... cakap berapi2 tapi undi tetap dacing dari dulu dan selama2nya. Biru karat yang nak menyamar penyokong PH.
Post a Comment