Mengambil vaksin Covid-19 sama sekali tidak menjanjikan bahwa kita akan selamat daripada terkena jangkitan Covid-19.
Sama sahaja seperti tindakan kita memakai topi keledar atau tali pinggang keledar ketika menaiki kenderaan.
Tindakan itu sama sekali tidak menjanjikan bahwa kita akan selamat daripada kemalangan, tetapi dengan izin Allah kesan daripada tindakan itu, kita mungkin dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa berbanding langsung tidak mempunyai sebarang perlindungan.
Begitulah perihalnya vaksin, kita ambil vaksin untuk melindungi diri kita sekaligus kita juga melindungi orang lain daripada terkena jangkitan.
Mengikut kajian mereka yang mengambil vaksin mengalami simptom yang lebih ringan berbanding mereka yang tidak mengambil vaksin dan kadar untuk menjangkiti orang lain juga adalah lebih rendah.
Takkanlah kita perlu kena maki setepek dengan mak kita baru kita nak insaf.
Renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment