Sunday, October 6, 2019

BOLEH MENANGIS MAYA KARIN BILA BACA KENYATAAN INI...

Tular dalam medsos apabila pelakon terkenal Maya Karin berkongsi ciapannya seperti berikut:


Pengguna medsos rata²nya mempertikaikan status tersebut. Terdapat pelbagai respon dan respon yang paling menusuk kalbu saya ialah respon DR.RORA berikut:

"Ada benarnya agak malu bagi seseorang jika tidak mahir berbahasa Inggeris. Namun lebih malu jika seorang Muslim tidak langsung memahami bahasa Arab kerana ia bahasa al-Quran dan Sunnah."  Dr Rozaimi Ramle

Ya kita semua tahu bahasa Inggeris adalah medium bahasa antarabangsa namun apakah salahnya jika kita sebagai rakyat Malaysia mengambil sikap mencintai bahasa Kebangsaan.

Daripada perspektif pencarian pekerjaan dan interaksi dengan pelancong asing mungkin apa yang dibimbangkan Maya Karin itu ada rasionalnya namun untuk masyarakat menyalahkan Kementerian Pendidikan adalah tidak masuk akal sama sekali kerana kita tidak tahu latar belakang kanak² itu.

Dikawasan bandar mungkin interaksi ibu bapa dengan anak dan sesama rakan banyak dituturkan dalam bahasa Inggeris, namun masyarakat yang tinggal diluar bandar mereka bertutur dan berinteraksi dalam bahasa Melayu boleh dikatakan 100%.

Sekalipun bahasa Inggeris diajar disekolah namun tanpa penggunaan bahasa itu setiap hari kanak² tidak akan mampu menguasai bahasa itu.

Mungkin kita boleh mencontohi masyarakat Jepun yang mampu menjadi bangsa hebat dan dikagumi seluruh dunia tapi pada masa yang sama masih bertutur dan berinteraksi dalam bahasa Jepun sepenuhnya.

4 comments:

Anonymous said...

Fikiran kolot! Buku rujukan yg bagus2 sume dlm bahasa inggeris, nak maju kena ada ilmu sains & teknologi, ada ke buku2 sains & matematik dlm bahasa arab? Org jepun dah lama maju, buku2 rujukan depa dlm bahasa jepun, mana boleh compare?

Anonymous said...

Adoi. Aku takde la nak bekap maya karin tu. Tapi isu dia pasal budak tu tak paham pertayaan dia dlm bahasa ingeris je. Yg ke bahasa arab pulak tu dah kenapa? Ada dia ckp tak penting ke bahasa arab tu?

na'im nikmat said...

Zaman sudah maju tapi masih ada manusia yang mengukur kebijaksaan melalui bahasa... Ketahuilah bahwa bahasa Inggeris hanyalah bahasa sama seperti bahasa² lain dan ia bukan kayu pengukur kebijaksanaan manusia...

Sebelum munculnya Islam dimana tamadun orang² Inggeris? Mereka hanya manusia yang tidak bertamadun yng hidup dalam zaman kegelapan sehinggalah muncul cendiakawan Islam yang kemudiannya kitab mereka diterjemah kedalam bahasa latin... Lama selepas itu barulah ia diterjemah ke bahasa Inggeris...

Belajarlah sejarah saudara...

na'im nikmat said...

Yang tu kena tanya dr.rora mungkin dia biasa jumpa orang Islam yang mampu berbahasa Inggeris dgn baik tp merangkak baca Al-quran.

Tahu bahasa Arab itu bonus sbb ia adalah bahasa ibunda kekasih Allah SWT yakni Nabi Muhammad SAW.