Wednesday, November 30, 2011
BILA RAMAI ARTIS JOIN PAS, UMNO JUGA MAHU ARTIS SEBAGAI DUTA. SIAPA ARTISNYA SILA LIHAT:
Rasanya artikel ni macam sesuai untuk artis2:
Para Artis Diseru Berhijrah
Kenyataan Media Oleh FADHIL OSMAN
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak para artis dan selebriti tempatan agar segera ‘berhijrah’ dengan menjadi insan mukmin yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT. Hijrah ini penting sebagai usaha mengajak dan mendidik masyarakat untuk menjadi generasi yang berakhlak mulia di negara ini.
Bagi DPPWP, para artis serta selebriti adalah golongan yang menjadi idola dan ikon masyarakat. Mereka digilai oleh ribuan anak-anak muda yang ingin melihat aksi mereka dalam dunia hiburan. Setiap pergerakan mereka pasti dalam pengetahuan peminat fanatik mereka. Para artis atau selebriti adalah umpama magnet yang boleh menarik anak-anak muda di negara ini ke mana sahaja.
Apa yang mendukacitakan, ada kalangan artis atau selebriti tempatan tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat. Meskipun jumlah mereka tidak ramai, namun gejala negatif yang dilakukan oleh mereka turut menjadi ikutan para peminat. Antaranya seperti penyalahgunaan dadah, bersekedudukan, jenayah, budaya hidup sosial yang melampau serta berpakaian yang menjolok mata.
Justeru, penghijrahan mereka akan menarik sama anak-anak muda untuk turut jejak langkah mereka. DPPWP tidak pula bermaksud meminta para artis meninggalkan dunia hiburan yang mereka ceburi kerana mungkin ia telah menjadi sumber pendapatan mereka, namun apa yang penting adalah mereka menjadi insan teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.
Dalam hal ini DPPWP memuji beberapa orang artis yang telah berhijrah seperti Catriona Ross, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Iwan, Wardina, Irma Hasmie serta beberapa orang artis wanita yang telah mengubah penampilan dengan memakai pakaian menutup aurat dan menjaga solat. Meskipun mereka masih berlakon dan aktif dalam dunia seni, mereka tidak mengabaikan syariat Islam. Bahkan, imej baik ini akan menjadi contoh teladan yang baik para artis Malaysia di pentas antarabangsa.
DPPWP juga mengharapkan agar para artis dan selebriti tidak merasa gentar terhadap usaha penghijrahan. Insyaallah, perubahan pada penampilan tidak akan merencatkan rezeki mereka, malah rezeki akan lebih mencurah-curah. Daripada pentas lakonan sehingga ke masjid-masjid, para artis yang telah berhijrah ini akan dijemput untuk memberi perkongsian serta persembahan.
Disediakan oleh
FADHIL OSMAN
Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Artis macam tu amat sesuiiiiilah dengan bapak2 umNO Syeikh...Hijrah dr tidor kpd kejerahan mata&kesedapan mata memandang semata2...hanya untuk fitnah mata, perut dan dibawah perut semata2...confirm x tido time ucapan!kihkihkih...
Post a Comment