Sunday, July 3, 2011

Ingatlah Allah S.W.T Wahai Mahaguru Omar Din....

Bersih 2.0: Mahaguru Gayong nasihat Omardin ingat Allah

Kenyataan pendiri Pertubuhan Seni Silat Lincah Lincah Malaysia (PSSLM) Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju mengancam 300,000 rakyat yang dijangka menyertai perhimpunan aman pada 9 Julai di ibu negara ditegur sendiri oleh rakannya

Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa(gambar) berkata, pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," ujarnya, dipetik dari blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Omardin berkata, "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut."

Penangdaily difahamkan, Omardin mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat mengadakan perhimpunan aman tersebut kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura. PD

Sumber


N'N:Sebelum kamu mengancam orang tolonglah ingat Allah, ingat mati & ingatlah akhirat Mahaguru...........

11 comments:

Mohamadazhan.com said...

dalam BERSIH ramai anak-anak gayung...betul lah apa yang Cikgu Majid kata tu...silat warisan ilmu Melayu bukan untuk disalah guna...diam2 sudah kalau hebat mana pun.

Na'im Nikmat said...

Diam ubi berisi :-)

Anonymous said...

Rt

Anonymous said...

Omar Din ni bukan jenis Ubi tapi jenis Lalang.

Anonymous said...

omar din ni jenis manusias yg sombong dan bongkak kalau nak ikut tak sekuat mana pun ramai lg org yg memiliki ilmu kebatinan yg tinggi (bukan Ilmu hitam) tp mcm ubi kayu,cikgu majid arwah cikgu (datuk Mat Lazim) adalah sepeguruan, gitu cikgu Ismail, cikgu Kalathum anak angkat Maha Guru Datuk Meor Abd Rahman sy sebagai ahli seni silat gayong tak pernah nak membangga diri spt Maha guru silat lincah, brgkali nak dpt Tun kot pd sy beliau (omar din) lebih bongkak, angkuh, ujub, sombong semua sifat2 ni dibenci Allah swt. seorang ahli SUFI PALING TAKUT kpd sifat2 di atas krn boleh menghalang seseorang dari memasuki syurga Allah walaupun sebesar zarah sifat ujub yg kita ada. ingatlah Tan Sri Omar Din Allah tak pandang kehebatan anda sbb Allah swt lebih hebat dari org yg HEBAT tp Allah pandang kpd amalan Takwa dan HATI kamu!!!

Anonymous said...

sesungguhnya Allah nk tunjuk kat kita perangai sebenar omardin tu.kalau orang lama yg tahu cerita dia,memang xkan respect omardin ni.dengan curi ilmu gayong.kena tangkap dan dihantar ke penjara pulau jerjak kerana penipuan dan buat hal ngan bini org.itu cerita dia dulu.sekarang nak berlagak pulak.

Anonymous said...

nasib baik dlu xkena libas ngan arwah ustaz hanafi klu x dh lama brkubur....

hamba Allah swt said...

Dalam dunia cuma ada 1 saja yg d gelar Maha .Yakni MAHA KUASA.ALLAH HU AKHBAR . Dan maknusia ada kerdil. Walahaulawala quwata illah billahi aliyul AZIM.
YA AZIM MIN KULLI YA AZIM B HAQQI YA AZIM

Unknown said...

kantoii terang2 mambang ni berjawatan kuli batak lordreid..
ntah hapa2,,mmalukan silat mlayu lagi adala,,org nak tegur najib n the geng elok2 ,,bole dia tibai ajak perang..isimm dah nii,,mmalukan...mamakla sangatt,,

Unknown said...

Sabar smua kuasa allah s.w.t ...

Unknown said...

Al fatihah buat Allahyarham paduka Dato meor abdul rahman dan omar din di sana semoga Allah memberi tempat utk beliau baik buruk beliau telah mengerat silaturahim antara kita semua amin yarabballamiinn