Thursday, July 8, 2010

Mana Yang Lebih Memburukkan&Mencemarkan Imej Negara: Wawancara DSAI Bersama CNN @ Skandal Najib & Altantuya Yang Dilaporkan Akhbar Perancis????

Anwar burukkan imej negara dalam wawancara bersama CNN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dalam usaha menjejaskan imej negara di mata dunia.

Terbaru, ketika beliau diwawancara dalam rancangan Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu.Selanjutnya

Najib jumpa Altantuya di kelab

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud DubusArnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu – berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan – dalam projek bukunya akan datang. -Malaysiakini

No comments: