Ramai benar yang terlalu ghairah berbicara tentang perkataan Allah.
tetapi terlau sedikit yang hendak memenuhi mesjid.
mereka yang konon mempertahankan kalimah Allah tidak pun datang solat di mesjid.
Kalau pakaian anak perempuan dan isteri mereka macama perempuan Yahudi dan Nasrani tidak pulak ada bantahan besar-besaran?
Kenapa tidak halang mereka yang menentang perintah Allah secara terang-terang?
Bila timbul hukum sebat kenapa perlu ditangguh-tangguh?
Sedangkan yang sabit kesalahan sendiri mahu hukuman disegerakan.
Kenapa tidak ada bantahan besar-besaran bila Hakim yang beragama ISLAM melarang kanak-kanak memakai serban di sekolah?
Tetapi golongan inilah yang paling galak konon merayakan Maulud Nabi.
Golongan ini juga yang memenyokong larangan memakai purdah oleh Hakim yang beragama Islam dalam kerajaan pimpinan UMNO yang konon kuat penyokong Islam.Bukankah ini semua sifat munafik?
Kalau mereka betul-betul pejuang Islam maka mereka dah lama perjuangkan hak anak-anak nak pakai serban di sekolah. Hak wanita nak pakai purdah di tempat kerja. Dan menegur pemimpin UMNO dan isteri mereka yang mencabar hukum Allah dengan mendedahkan aurat. Dan menggalakkan pendedahan aurat setiap hari di khalayak ramai.
Kenapa semua ini tidak ada bantahan hatta dari mufti?
Kenapa Mufti tidak menegur secara terbuka isteri Raja Melayu yang mengepalai Majlis Agama Islam yang mendedahkan aurat?Ini adalah perkara seharian.
Dan kita juga tidak nampak Mufti dan yang mengepalai solat Subuh berjemaah di mesjid besar?
kenapa kena serahkan kepada Imam Besar?
Bukan mufti berperanan mendidik melalui tauladan?
Isu nama Allah adalah isu berapa banyak kita patuh kepada perintah Allah.Isu ini sebenarnya racun yang lebih bahaya.Kerana ramai sangat yang bercakap tentang Islam dalam nada munafik yang selama ini menentang hukum Allah secara terbuka. Dan tiba-tiba mereka mengaku pembela.
Adakah mereka ini juga telah masuk ke dalam agenda Yahudi dan Nasrani sendiri? Agenda yang lebih besar dan lebih jelas mahu meruntuhkan ISLAM dengan pergaduhan sesama Islam.
Sumber
3 comments:
Salam Naim. Musuh Islam paling licik ialah orang-orang munafik yang dari segi luaran nampak hebat Islamnya. Semoga Allah membantu kita daripada terpesong oleh golongan yang paling hina ini (hukuman paling dasar di neraka kelak, melebihi orang kafir).
Nak jaga Kalimah Allah kah nak jga Hukum Allah mana lebih utama.
Pasal jemaah masjid,sebenarnya org PAS pun terpukul juga.Kalau kat ceramah mmg ramai tapi kalau ada majlis solat hajat knp kurang ramai dan yg paling kurang ramai sekali solat jemaah di masjid.
kalau umno guna hujjah ni mmg x boleh jawab.
lg satu,ada yg sambil dgr ceramah sambil hisap rokok.
Salam ya akhi,
Yang pastinya tujuan sebenar UMNO bukan untuk membela ISLAM,tapi tujuan sebenar mereka ialah untuk menutup isu-isu ini:
1.Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan.
2.Kehilangan Enjin Pesawat T.U.D.M
3.Kematian mengejut Teoh Ben Hock yang telah dibuktikan oleh pakar forensik dari Thailand Dr.Prontip bahawa beliau telah di BUNUH.
4.Kes perbicaraan MB sah VS MB haram di Perak.
Diharap kita tidak terpedaya dengan helah UMNO dan menganggap mereka pembela agama kerana kita sedia maklum bahawa UMNO penuh dengan tipu daya serta muslihat kotor……
Post a Comment