Thursday, December 24, 2009

Kenyataan Dr.Yusuf Al-Qardhawi Yang Menjadi Satu Tamparan Besar Kepada Ulama’-Ulama’ UMNO

http://beamuslim.files.wordpress.com/2009/04/yusuf-q.jpg

Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.

Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.

Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.

“Dia yakin insyaALLAH anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.

Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.

Kata-kata Dr.Yusuf Al-Qardhawi itu sebenarnya satu tamparan besar kepada Ulama’-ulama’ UMNO yang melihat sahaja satu bentuk kezaliman yang UMNO lakukan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI).

Ulama’-ulama’ UMNO ini seakan redha melihat satu bentuk fitnah yang amat besar terhadap seorang individu yang sangat berpengaruh seantero dunia. Masakan Dr.Yusuf Al-Qardhawi yakni seorang tokoh Ulama’ komtemporari yang berjaya menyelesaikan pelbagai kecelaruan ummat Islam menerusi fatwa-fatwa beliau mahu memberikan sokongan yang kuat terhadap seseorang yang rosak akhlaknya.

Di Malaysia rata-ratanya hanya Ulama’-ulama’ daripada kalangan pembangkang yang dilihat lantang menentang fitnah yang UMNO lemparkan terhadap DSAI. Jelas kita dapat lihat kebanyakan daripada ulama’-ulama’ itu adalah daripada PAS. Perbezaan sikap antara ulama’ UMNO dan PAS nampak jelas ketara.

Dan amat jelas pada kita bahawa Dr.Yusuf Al-Qardhawi adalah sependapat dengan ulama’-ulama’ PAS yang dapat melihat satu bentuk fitnah yang dilemparkan UMNO kepada DSAI sejak mula-mula DSAI difitnah. Sebenarnya di dalam Islam telah jelas kaedah-kaedah jika seseorang individu dituduh melakukan sesuatu perbuatan berzina,liwat,rogol ataupun bunuh.

Tapi mengapa ulama’-ulama’ UMNO ini hanya berdiam diri melihat satu bentuk pertuduhan yang tidak mengikut lunas-lunas Islam? Adakah mereka ini mahu bersekongkol? Ataupun mereka ini jahil tentang Islam? Namun kita semua tahu mereka ini tinggi pengetahuan Islamnya. Tapi mengapa perkara begini boleh terjadi? Persoalan ini memang mempunyai jawapannya dan saya yakin anda sendiri mempunyai jawapannya…..

Ya merekalah Ulama’ Suk yakni syaitan bisu yang dihinggapi penyakit Al-wahn yakni penyakit ‘Cintakan Dunia dan takutkan Mati’…………

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

dahulu Syeikh Yusuf pernah berkata tidak akan datang Malaysia selagi Anwar tidak dibebaskan walaupun beliau menerima banyak undangan, baru sekarang beliau kembali ziarah bumi Malaysia, tu pun setelah DSAI dibebaskan.

Ulama UMNO tak dak Mata Hati untuk lihat kebatilan. Mungkin Allah tak anugerahkan...moga mereka diberi hidayah dan taufik..

Allah sudah pesan, kalau kita tidak suka akan agama Allah, DIa akan gantikan dengan Kaum yang lain, yang leih baik..

Unknown said...

Apa pula kata Ulama'Pengampu Umno?

Na'im Nikmat said...

Sedih memikirkan kaum Melayu yang sakit jiwa.Doktrinnya ada didepan mata yakni Al-Quran dan As-Sunnah,sama-samalah kita berdoa akhi Mohamad Azhan & akhi Ijoks semoga mereka dapat berhijrah daripada mensyirikkan ALLAH S.W.T Amin...