Wednesday, December 23, 2009

Kecelaruan Akan Terus-menerus Berlaku di Perak Dan Ia Tidak Sesekali Akan Berhenti Disitu…….

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIPP_ctTBbDJmscNZyZYIT-oJvuDf6Oot132RXQMHEfXjqAhypD8zCCNdtnktXnyAugB4V1zVoCSaYxEjJ9Eb2wTMU78LCWtAs2EuqahOYVdlqigBm4p9LKs8afpRtpQnNsRkh8vsPwtQ/s400/perak_hak_rakyat.jpg

Kita semua sedia maklum selepas Pakatan Rakyat memenangi PRU-12 dan tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ,UMNO/BN tidak pernah redha dengan pilihan majoriti rakyat Perak. Siri-siri peralihan kuasa di Perak berjalan dengan agak perlahan ditambah dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan perlantikan MB.

Bermula dari situ lagi UMNO/BN telah menampakkan sikap ‘busuk hati’ terhadap Kerajaan pilihan rakyat Perak. Isu perkauman bukan isu baru bagi UMNO ia seolah-olah umpama senjata untuk menagih sokongan kaum Melayu. Sejak dari hari pertama Pakatan Rakyat berkuasa di Perak ,UMNO telah merancang pelbagai agenda jahat untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sehinggalah tiba kepada kemuncaknya apabila mereka berjaya mencabul perlembagaan Negeri Perak dengan cara yang amat jijik dan hina. Dengan langkah yang sumbang akhirnya UMNO/BN Berjaya menubuhkan Kerajaan Haram BN di Perak. Semua ini hasil kerja gila tiga ADUN Pakatan rakyat yang melompat parti. Bermulalah siri-siri kezaliman UMNO apabila Jawatan MB Perak di rampas dengan cara mencabul undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

Disinilah sikap sebenar UMNO nampak jelas sebagai ‘perogol perlembagaan’ dan nampak jelas perbezaan manusia yang bertamadun dengan sikap UMNO yang bersikap ala ‘manusia primitif’ yang hidup berlandaskan undang-undang rimba . Namun kezaliman UMNO tidak sesekali berakhir disitu sahaja dengan membawa label ‘Kerajaan Haram’ UMNO seolah-olah perlu menjadi seperti Israel yang menafikan hak-hak rakyat Palestin.

Bukan jawatan MB sahaja yang mereka rampas dan ia tidak akan sesekali berhenti disitu sahaja apabila mangsa seterusnya ialah Speaker DUN pula. Perlembagaan Negeri Perak terus dicabul dan dicabul oleh nafsu serakah UMNO yang sentiasa bergelora .

Setelah mendapat MB haram dan Speaker haram UMNO tidak lihat tidak mahu berhenti melakukan kezaliman dan mangsa mereka kini ialah Ketua Kampung. Bayangkan Ketua Kampung yang dilantik secara Demokrasi sama seperti jawatan MB dan Speaker dipecat dengan kaedah yang langsung tidak mengikut lunas-lunas Demokrasi.

Jangan sesekali fikir ia berhenti disitu apabila Sekolah Agama rakyat pula dinafikan hak untuk mendapat sebarang bantuan pembelajaran. Terbaru Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) pula dikhabarkan akan diambil alih Kerajaan Pusat bagi bertujuan untuk menukar kaedah pembelajarannya sekarang yang mengkhususkan pengajian agama Islam.

Dan jangan fikir ia berhenti disitu kerana kini isu AJK masjid pula dimainkan UMNO. Isu ini sebenarnya jika dikaji secara rasional tidaklah serumit mana kerana semestinya AJK sesebuah masjid dilantik kerana kredibiliti seseorang jemaah itu mengimarahkan Masjid . Mana mungkin seseorang AJK dilantik jika beliau tidak pernah berjemaah di Masjid.

Namun mengapa apabila seseorang daripada jemaah dilantik menjadi AJK Masjid kerana kredibilitinya mengimarahkan Masjid dipertikaikan kerana beliau memegang keahlian PAS? Dan mengapa pula seseorang yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri untuk mengimarah Masjid perlu dilantik sebagai AJK semata-mata memegang keahlian UMNO?

Disini dapat dirumuskan bahawa selagi Negeri Perak ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya maka kecelaruan pasti akan sentiasa akan berlaku dan jangan fikir ia akan berhenti ……….

No comments: