Saturday, September 19, 2020

6 FAKTA MENGAPA TIDUR DALAM KERETA ADALAH SANGAT BAHAYA:

Photo by Ketut Subiyanto from Pexels


1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.

2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Sumber: Astro Awani

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kenapa-bahaya-tidur-dalam-kereta-ini-fakta-anda-perlu-tahu-187911


N'N: Cara paling selamat untuk tidur didalam kereta ialah matikan enjin kereta dan buka tingkap sedikit untuk pengaliran udara.

1 comment:

Anonymous said...

Kereta murah Dan lama je selalu macam tu, kereta mahal macam Ferrari &BMW, tak dengar lagi cerita macam ni,oleh itu belilah kereta mahal Dan hargailah nyawa anda.