Tuesday, March 31, 2020

FENOMENA COVID-19: KETUA KELUARGA LEMAS KETIKA MENCARI LAUK UNTUK KELUARGA.



Perkongsian daripada Dr.SH:



Another story, "Kami orang miskin". 

37 years old, main breadwinner, 4 small kids & wife to be taken care. Drowning at small river while looking for food. 

"Kami orang miskin. Nak cari makanan susah, lagi-lagi musim ini. Dia keluar nak cari lauk untuk kami makan", cried the wife 

p/s Speechless. Inilah realiti kehidupan rakyat bawahan. Apabila kita berasa susah, ingatlah ada orang lain yang jauh lebih susah. 

#prihatinrakyat
#kitatolongkita
cc: Wakil rakyat, T40, M40 

Kredit: Dr SH

Sumber:

SETELAH DIHENTAM TANPA BELAS KASIHAN AKHIRNYA SHUIB DAN TOMOK MOHON MAAF.


Sumber- Facebook


Mengakui kesilapan dan memohon maaf itu perbuatan yang mulia.

Perlu diingat tanpa peminat anda bukanlah siapa-siapa pun.

Mereka boleh julang kalian sampai jadi kaya-raya dan tidak mustahil mereka boleh boikot anda sampai anda kering-kontang.

Selepas ini sebelum nak tulis sesuatu fikir dulu implikasinya dan penerimaan masyarakat umum.

Sekian.


Monday, March 30, 2020

MENTERI KENA TROLL SECARA BERJEMAAH KERANA PPE TERTERA PERKATAAN MENTERI.



Korang patut bangga Menteri turun padang.

Bukan senang nak jumpa Menteri turun padang musim Covid-19 ni.


GARA-GARA ROTI,DRIVER GARDENIA DIPUKUL GANGSTER?




Kisah ini dipetik daripada perkongsian dalam Facebook :

GARA-GARA ROTI,DRIVER GARDENIA DIPUKUL GANGSTER

Akibat pembelian panik #Covid-19
Kejadian pukul pemandu lori roti Gardenia di Taman Sri Botani Ipoh. 

Dipercayai pemandu lori menasihati kepada seorang pembeli perempuan untuk tidak mengambil terlalu banyak,ingat sama dengan orang lain pun nak beli juga. 

Tetapi teguran itu tidak diterima malah memanggil gangster dipercayai teman lelaki perempuan tersebut untuk memukul pemandu lori tersebut hingga koyak rabak baju abang lori. 

tu bukan gangster,tu kebulor

#salamgardenia
#savegardenia
#covidnaiting
#handcatalyzer
#noRASIS

Sumber: 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=248493889869166&id=100041256703771

Sumber asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=248913009827254&id=100041256703771

Namun begitu perkara ini belum disahkan lagi oleh mana² pihak termasuk pemandu dan pihak Gardenia sendiri.

Jika perkara ini benar berlaku diharap pemandu lori itu segera membuat laporan Polis agar siasatan dapat dilakukan segera.

Maklumat baru yang admin terima daripada pihak Gardenia sendiri bahwa mereka telah mengesahkan kejadian itu dan laporan Polis sudah dibuat.

Sekian.

Sunday, March 29, 2020

BOLEH MENANGIS SOIB BILA BACA STATUS NI.



Sumber- Facebook

Hari-hari tayang gaya hidup macam T20. Takkan baru 2 minggu kena PKP dah menagih simpati kerajaan.

Respek kepada artis yang amalkan gaya hidup sederhana tapi mampu sedekah disaat rakyat Malaysia dilanda musibah.

Saturday, March 28, 2020

POPULARITI PN SEMAKIN MENGATASI PH SELEPAS PM UMUM 'PRIHATIN'.

 Sumber- Ameno World



Sumber- Fb Fais Al-Hajari


Dalam erti kata lain Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)yang diumumkan PM itu benar-benar akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara daripada sudut rakyat dan ekonomi.

Analogi Makcik Kiah pula mendapat respon yang sangat baik daripada rakyat sehingga menjadi buah mulut diseluruh negara.

Namun perlu diambil kira daripada segi kesan jangkamasa panjang dan rakyat perlu berhemah dalam berbelanja kerana kita tidak tahu bila krisis Covid-19 ini akan berakhir dan mungkin keadaan akan menjadi bertambah teruk (Ya Allah semoga dijauhkan).






MOHON PDRM SEGERA KUTIP BUDAK 2 EKOR NI.


Foto-Facebook

Korang berdua memang elok kena kuarantin kat lokap.

Nasihat aku kalau tiada benda baik untuk ditulis kat status eloklah kawal tangan tu daripada mengungkap kata-kata keji,makian dan carutan.

Harap pihak berkuasa segera kutip budak 2 ekor ni.

Friday, March 27, 2020

PM UMUM PRE TIBA-TIBA RAMAI RINDU LIM GUAN ENG.


Ramai yang merindui zaman ini...

Berikut adalah infografik Pakej Ransangan Ekonomi (Covid-19):



DIA PUNYA TUNGGANG AGAMA MEMANG LEVEL TERTINGGI.




Foto-Facebook

Adakah hand sanitizer ini jadi mahal melampau-lampau sebab dibacakan Ruqyah?

Macam mana pula kamu boleh claim produk kamu boleh atasi masalah mandul, mati pucuk dll tanpa kajian saintifik?

Produk kamu dapat kelulusan KKM?

Satu lagi mampukah hand sanitizer tanpa akohol ini menghapuskan kuman dan virus?

Berpada-padalah nak pasarkan produk dan dan claim macam-macam.

Produk over claim macam ni hanya memalukan Islam dan penganutnya.

Ingat!!! Orang tidak mempertikaikan Ruqyah dan bacaan ayat² al-Quran tapi orang mempertikaikan penunggang agama macam kamu.



INILAH 11 KAWASAN ZON MERAH COVID-19.



11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes.

Anda yang berada di daerah-daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan.

Ingat, duduk di rumah dapat memutuskan rantaian COVID19. Duduk di rumah demi kebaikan diri anda sendiri. Duduk di rumah demi kesihatan ibu, ayah, anak-anak kecil mahupun datuk dan nenek kita. -KKM

JANGAN BACA KALAU TAK MAMPU KAWAL MARAH.

Gambar hiasan


“Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?” 

Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama. 

“Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?” 

Aik? Kita pula yang dipersoal. 

“Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya” 

Kali ini pakar pula yang tanya,
”Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?” 

Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap. sama 

TIADA. 

Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru). 

“Ini Doktor S ke?”

“Ya saya.” 

“Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.” 

Terduduk. Tercengang. Kelu.
Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan. 

Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit disebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU. 

Lebih 10 orang doktor, misi dan staff kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani test. 

Dah terlambat.

Ini kisah yang diceritakan oleh salah seorang sahabat yang dikuarantin beberapa hari lepas. 

Adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan? Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli. 

Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain. 

Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan.

Dr Ahmad Samhan
-berterus terang itu satu kejujuran- 


Thursday, March 26, 2020

COVID-19:RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN CONTOHI NEGARA CHINA BUAT KAIN RENTANG PERLI RAKYAT YANG DEGIL.



Gambar yang tular di dalam media sosial ini telah mendapat pujian para netizen yang rata-rata memuji individu yang menggantung kain rentang tersebut.

Sebelum ini tular tindakan pemerintah di China yang menaikkan kain-kain rentang yang memerli rakyat yang masih berdegil mematuhi perintah berkurung di China.

Mungkin kain rentang di Malaysia ini mendapat inspirasi daripada tindakan pemerintah di China itu.

Foto-Facebook

Ayat yang dicetak pada kain rentang itu berbunyi:

KITA ADA BEBERAPA PILIHAN?

A. Duduk di dalam RUMAH
B. Duduk di dalam HOSPITAL
C. Duduk di dalam LOKAP
D. Duduk di dalam KUBUR

Jadi buatlah pilihan anda sekarang...


COVID-19: 50 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA INI DISERU BANTU FRONTLINER DAN RAKYAT MALAYSIA.



Kami ingin mencadangkan agar penama-penama dibawah ini dapat membantu kerajaan dalam isu covid 19 ini dengan menderma terutama kepada golongan-golongan miskin yang terkesan dek kerana virus ini serta hospital-hospital yang amat memerlukan kelengkapan-kelengkapan yang semakin berkurang termasuk sarung tangan getah dan  topeng muka.

 Malaysia's richest 2020

1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming& Poh Weng RM13.8 billion
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion
20. David Kong RM3.96 billion
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion
23. Vincent Tan RM3.3 billion
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion
33. Patrick Grove RM2.04 billion
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion
41. Tony Fernandes RM1.47 billion
42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion
44. Wong Teek Son RM1.36 billion
45. Mokhzani Mahathir  RM1.34 billion
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion*
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion

Kalau sorang bagi 1% pun dah berbilion dapat untuk bantu frontliners doktor, nurse, ma, cleaners, rela, polis, tentera supaya boleh berkhidmat dengan lebih selamat dengan protective gear yang cukup.

Senang sama-sama, susah sama-sama.. jangan  masa senang saja sapu buat untung, tapi masa susah terus lari Singapore lari Hongkong... take noted dekat situ.

Pakat2 share kat kawan2 sampai Nama2 Dalam list Tu dapat Baca .....tqvm

Kredit:Akmal Sani

KKM sekarang kekurangan mesin ventilators, setakat ini kita cuma ada 300 unit dan KKM memerlukan 509 unit untuk menampung keperluan jika keadaan menjadi lebih serius.

Inilah masanya para billionaire ini berbakti kepada negara.


Wednesday, March 25, 2020

BARISAN HADAPAN COVID-19 INI DITAMPAR HANYA KERANA ROKOK?





Cashier ini pun termasuk dalam barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa semasa krisis Covid-19 ni. 

Mereka berkorban semata-mata untuk memenuhi keperluan harian anda.

Tetapi hanya disebabkan rokok ada manusia yang sanggup menampar barisan hadapan ni. 

Kau memang syaitan bertopeng manusia. 

Perkongsian FB Razlina Azura: 

Dah la kawalan pergerakan ko tak patuh. Sosial distance ko tak endah...senang2 je tampar org. 

Citer: 

Isteri org tu beli rokok. Tak psti staf salah bg atau wife dia salah beli. Pastu wife kuar after beli. Pastu masuk balik kta salah rokok. Nak tukar tp rokok x leh tukar katanya. Pastu keluar. Dtg balik ngan hubby dia. Lepas tanya asst manager dpt tukar bg balance sbb rokok yg dibeli tu harga murah skt dr yg first tu. Hubby perempuan tu tk puas hti. Panggil staf keluar kaunter. Staff refuse sbb dia dpt rasa org tu nk wat something kt dia. Lalu terjadilah apa ug dlm video tu. 

#budak barubelajarcari duit

Video disini


COVID-19: 3 BERANAK MENGHADAP ILAHI.



DOA UNTUK TIGA SEKELUARGA MANGSA COVID-19

Terharu dengan pemergian tiga sekeluarga dari No. 35, Jalan Patingan, 93400 Kuching, Sarawak, kerana wabak COVID-19.

Bermula dari guru al-Qur’an, Hajjah Rokayah binti Drahman, 79 tahun, meninggal dunia pada 18 Mac 2020, jam 2.00 pagi.

Diikuti oleh anak perempuan Allahyarhamah, Norhafizah binti Abdul Rahman, 40 tahun, yang meninggal dunia pada 21 Mac 2020, jam 1.20 petang, dan anak lelaki Allahyarhamah, Mohammad Norismadi bin Abdul Rahman, 49 tahun, yang meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 1.16 petang.

Mereka dan mangsa-mangsa COVID-19 lain adalah orang baik-baik belaka, hindarkanlah diri dari membuat tohmahan terhadap mereka dan doakanlah semoga roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin.

KREDIT: Muslim Guide

Tuesday, March 24, 2020

COVID-19: ORANG P.PINANG KEBAL DAN ORANG PERAK PALING BERDISPLIN?



Hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan kelihatan orang ramai di Pulau Pinang masih berpusu-pusu, bersesak-sesak dan berhimpun di Pasar Basah.

Aku tak pasti samada mereka ini memang kebal Covid-19 ataupun bebal?



Foto- Facebook Andy Lo

Sangat berbeza dengan keadaan di Perak apabila kelihatan orang ramai lebih berdisplin dengan mengekalkan jarak sosial yang selamat (1 meter) diantara mereka.


Syabas kepada PBT negeri Perak. Dan PBT Di P.Pinang perlu mengambil contoh negeri Perak yang memastikan rakyatnya mematuhi arahan PKP.

LEPAS KENA ROADBLOCK BARU MENGAKU HADIRI HIMPUNAN TABLIGH.



COVID-19: Polis tahan lelaki berasal dari Balik Pulau

BALIK PULAU: Seorang daripada empat individu yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini, mengakui pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu.

Pengakuan itu menyebabkan anggota polis yang bertugas terpaksa bertindak pantas mengiringi empat individu yang menaiki sebuah kereta itu ke klinik kesihatan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata mereka ditahan kira-kira jam 6.30 petang tadi dalam sekatan jalan raya berkenaan.

Katanya, empat individu itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 27 hingga 55 tahun dan mendakwa dari arah Balik Pulau menuju ke pusat bandar.

Seorang daripada lelaki itu berusia 55 tahun dari Batu Maung, mengaku menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan, namun tidak pernah membuat saringan kesihatan selepas itu.

“Dua lelaki lagi berasal dari Balik Pulau, manakala wanita berkenaan ialah isteri kepada lelaki pertama.

“Semua mereka kini menjalani pemeriksaan mengesan COVID-19 dan tindakan lanjut diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu, Anbalagan berkata, seorang daripada anggota polis yang bertugas diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan secara tidak sengaja menyentuh lelaki berkenaan.

“Lelaki terbabit ketika ditahan dilihat meragukan dan cuba mengelak sekatan itu, menyebabkan dia terpaksa dipegang anggota polis berkenaan.

“Anggota polis itu perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah dan kita akan lihat perkembangan kesihatannya,” katanya.

Kredit - Berita Harian

Monday, March 23, 2020

SIAPA 3 JUTA RAKYAT MALAYSIA YANG DEGIL SANGAT TAK MAHU DUDUK DIAM DI RUMAH NI?


Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera

Anggota ATM dan PDRM bekerjasama melakukan sekatan jalan raya di beberapa kawasan seluruh negara. Gambar Bernama.

KUALA LUMPUR: Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac ini, untuk membendung penularan COVID-19.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.

“Walaupun pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan mencapai kadar pematuhan 90 peratus, namun kita tidak boleh memandang enteng jumlah 10 peratus yang masih ingkar.

“Kegagalan juga bukanlah suatu pilihan kepada ATM, justeru kita akan membantu PDRM memupuk sifat berdisiplin di kalangan rakyat untuk mematuhi perintah dan arahan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. - Astro Awani

Tolonglah rakyat Malaysia, tolong bertimbang rasa... Kesianlah pada barisan hadapan ni:

Foto-Facebook


BARISAN HADAPAN NEGARA: LEPAS INI JANGAN CAKAP MELAYU BANGSA PEMALAS LAGI.

Foto-harianbecok.blogspot

Dibarisan hadapan sekarang:

Foodpanda = Melayu
Nurse doktor= Melayu
Polis = Melayu
Cashier = Melayu
Askar = Melayu
Poslaju = Melayu 

Bangsa yg selalu berkorban utk semua bangsa. 

Selalu dihina,dikutuk dan dicaci.
Hari ni bangsa ini berada di barisan hadapan menjaga negara utk semua bangsa dalam malaysia. 

Bangsa yg selalu DIPANDANG RENDAH oleh bangsa bukan melayu kerana Melayu MALAS. 

Bangsa yg dipandang rendah kerana bermacam2 lagi. 

Hari satu negara memerlukan mereka.iaitu bangsa melayu. 

Bayangkan mereka ini boikot utk bekerja? 

Bangsa yg selalu DIPANDANG RENDAH oleh bangsa bukan melayu kerana tidak pandai mentadbir negara. 

Terima Kasih Bangsa Melayu. 

Terima kasih juga kepada BANGSA LAIN yg turut serta di bahagian hadapan.

Kredit : izham malikat sadron

Jangan lupa juga kepada pertugas industri untuk bekalan peralatan kesihatan seperti perkerja² kilang yang tidak bercuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Majoriti rakyat Malaysia yang kerja kilang adalah bangsa Melayu.

Ini bukan rasis tapi hakikat. 

WAKTU COVID-19 TENGAH MENGGANAS NI PUN KORANG TAK INGAT KAT TUHAN LAGI YER...

Foto-Harian Metro

Allah SWT turunkan Covid-19 ni sebagai ujian dan peringatan kepada manusia tentang kerosakan dan maksiat yang telah kita buat.

Tidak cukupkah dengan bala ini untuk insafkan kita?

Bila nyawa dah dihujung kerongkong tiada gunanya lagi untuk menyesal.

Sekian.


Saturday, March 21, 2020

PELIK INFO TERKINI DEDAHKAN PENURUNAN KLUSTER TABLIGH TAPI PENINGKATAN KLUSTER MANA PULA NI?


Foto-Facebook

Apa yang dinyatakan saudara Afyan Mat Rawi itu benar.

Selain daripada perhimpunan Tabligh terdapat banyak perhimpunan lain yang melibatkan kehadiran puluhan ribu manusia.

Kenapa kita hanya memfokuskan himpunan Tabligh sahaja.

Jika dilihat daripada statistik terdapat penurunan melibat jangkitan kluster himpunan Tabligh tetapi terdapat peningkatan jangkitan daripada kluster lain.

Persoalannya sekarang daripada kluster mana pula peningkatan jangkitan itu.

Atas dasar inilah kita menyeru kepada mereka yang telah menyertai mana-mana perhimpunan yang melibatkan kehadiran puluhan ribu manusia supaya tampil membuat saringan.

Jangan hanya fokuskan kepada kluster himpunan Tabligh.

Kita sekarang sedang berperang dengan Covid-19 sepatutnya kita jalankan tanggungjawab masing-masing ialtu menyekat penularan wabak ini.

Setiap daripada ada peranan masing-masing jangan pentingkan diri sendiri.





Friday, March 20, 2020

BRADER NI BUAT VIDEO PERSENDA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN MENGANJING MEREKA YANG DUDUK DI RUMAH.




Foto-Facebook

Orang nak femes kita bagi dia femes...


Status FB Harrena Hambali:

Sikap anda mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan kami....

Adakah pengorbanan semua yang bertungkus lumus berkorban segalanya demi keselamatan rakyat Malaysia pada masa dan ketika ini langsung tak ada nilai...

Harap pihak #PDRM pandang serius sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh makhluk ini...

Video penuh disini

Thursday, March 19, 2020

AKHIRNYA 1 BAS KENA KUARANTIN.

Gambar hiasan

Untuk maklumat semua peristiwa ini berlaku sebelum perintah kawalan pergerakan dikeluarkan.

Inilah sebenarnya objektif kerajaan apabila melarang masyarakat untuk pulang ke kampung masing-masing.

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Penumpang itu menaiki sebuah bas ekspres Plusliner dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 4 petang 16 Mac lalu.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Terdahulu, penumpang yang dijangkiti virus itu melakukan ujian saringan di Johor Bahru dan diarahkan menjalani kuarantin.


Sumber:https://www.facebook.com/323440711827/posts/10157067151761828/

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan...

GAMBAR KEADAAN TANGAN SEORANG KAKITANGAN KESIHATAN SELEPAS 5 JAM DALAM BILIK PENGASINGAN.

Foto-Facebook

Cuti mereka dibekukan. Masa dengan keluarga mereka dikorbankan.

Tapi pengorbanan mereka hanya sia-sia jika kita sebagai rakyat tidak melaksanakan  tanggungjawab  kita dengan mematuhi 'Perintah Kawalan Pergerakan'.

Mari kita bantu mereka dengan mematuhi saranan Kerajaan. Jangan sia-siakan pengorbanan pertugas kesihatan.

Aku merayu tolong jangan tambah derita mereka. Mereka telah berkorban banyak untuk kita.

Jangan jadi manusia yang hanya pentingkan diri sendiri.


Wednesday, March 18, 2020

BILA ABANG POLIS DAH PENAT DENGAN PERANGAI KORANG.

Foto-Facebook

Apa kata Abang Polis:

"NAK BALIK KAMPUNG TAK PERLU ISI BORANG BUAT MASA SEKARANG. TERUSKAN PERJALANAN ANDA UNTUK 'MEREBAKKAN' VIRUS COVID-19. HATI-HATI MEMANDU. TERIMA KASIH"

Engkau tengok Abang Polis pun dah sarkastik dengan korang yang degil tu.

Apa yang perlu anda buat sebagai rakyat:

1. Patuhi dan ikuti arahan daripada kerajaan, jangan buat palatau seolah-olah kita kebal dengan virus Covid-19.

2. Belajar daripada kesilapan rakyat Iran dan Itali yang berpusu-pusu balik kampung akibatnya gelombang Covid-19 menjadi semakin parah dan beratus-ratus orang mati dalam sehari.

3. Beri kepercayaan kepada kerajaan kerana kerajaan hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat.

4. Berdoalah kepada Allah SWT kerana sesungguhnya virus ini datang dariNya dan kepadaNya ia akan kembali.

GAMBAR RAKYAT MALAYSIA YANG KEBAL COVID-19 TERSEBAR.







Foto-Facebook


Terbaiklah rakyat Malaysia langsung tidak ambil pengajaran daripada Wuhan dan Itali.

Sebelum ni ramai yang kritik pasal perhimpunan Tabligh tapi tanpa sedar anda sendiri dah buat perhimpunan yang lebih besar dan risiko jangkitan yang lebih besar.