Sunday, October 15, 2017

HIMPUNAN TOLAK KLEPTOKRASI GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT, DIMANA SALAHNYA? (GAMBAR & ULASAN)


Berikut adalah analisa seorang netizen:


HIMPUNAN KAKI KLEPET TOLAK KLEPTOKRASI (KKTK) GAGAL - APAKAH PUNCANYA?

Ketika sy menulis artikel ini, himpunan KKTK yg dianjurkan Pakatan Harapan di Padang Timur PJ pastinya sudah tiba ke penghujung. berdasarkan laporan rasmi oleh portal2 berita pro PH dan juga gambar2 daripada orang perseorangan, kehadiran hanyalah 5,000 orang daripada sasaran 100k yg ditetapkan penganjur, atau 5% sahaja yg hadir.

sepatutnya himpunan KKTK ini mudah mencapai sasaran. ini atas beberapa faktor antaranya

- kedudukan lokasi himpunan yg amat strategik dan mudah dari segi pengangkutan awam dan logistik

- lokasi himpunan diapit oleh 3 parlimen yg dipegang PH iaitu Shah Alam, PJ dan Lembah Pantai

- PH sering mendabik dada sokongan terhadap mereka di Lembah Kelang adalah amat baik dan banyak, terutamanya oleh anak muda

- PH sendiri merupakan gabungan 4 parti iaitu Dap, Pkr, PPBM dan Pan. seharusnya 4 parti ini jika digabungkan akan jadi seperti Voltron, 5 singa kecil bergabung membentuk satu robot perkasa. benar?

namun hakikatnya kehadiran seperti yg sy sebutkan di atas amatlah menyedihkan. cuaca pula amat baik pada hari ini. tiada hujan tiada ribut dan tidak panas sgt. namun kehadiran masih amat mengecewakan. lebih mengecewakan, kehadiran anak muda amatlah teruk sehingga menyebabkan Ketua Pan Batu iaitu Cikgu Ishak Surin mengeluarkan kenyataan "berdosa jika tidak bersama kami".

wah. Pan pun dah pandai main dosa pahala?

mengapakah sambutan amat menyedihkan sedangkan sepatutnya himpunan ini lebih berjaya berbanding mana2 himpunan yg dianjurkan Pas?

bagi sy, ada beberapa faktor utama -

1) anak muda muak dgn politik PH. mereka mencanangkan tolak kleptokrat, namun mereka sendiri terpalit dgn pelbagai skandal. lepas satu, satu.

2) ramai yg menzahirkan protes atas keberadaan Tun Mahathir dalam line up PH. bagi mereka, selama ini perjuangan mereka ialah menentang kebobrokan Tun dan ini seringkali disemarakkan oleh pimpinan2 PH dahulu. namun kini, pimpinan2 itulah yg tidak segan silu menjilat habis2an kaki Tun.

3) anak muda dan khalayak tidak lagi mahu berpolitik semata2. mereka mahu mencari "cause of life" - matlamat hidup dan perjuangan - dan tiada matlamat lain yg lebih bagus melainkan Islam.

4) tiada sokongan drpd non partisan terhadap PH. seperti yg kita tahu, beberapa pihak berhaluan kiri tidak menyokong PH seperti SAMM, PSM dan pelbagai lagi. ketiadaan mereka sebenarnya memberikan impak walaupun sekecil atau sebesar mana pun.

5) ketiadaan Pas selaku pulling power. kita tidak dapat nafikan kehebatan tarbiyyah Pas ke atas ahli2nya utk menzahirkan kebersamaan dalam perjuangan - sesuatu yg gagal ditarbiyyah oleh parti2 lain termasuklah Pan.

adapun, pastinya pimpinan PH akan buat post morterm terhadap kegagalan ini. buat ahli Pas, teruskan perjuangan kita. insya Allah akhirat matlamat kita, dan dunia perjuangan kita.

Fais Al-Hajari
2335hrs, 14 Oktober 2017


5 comments:

Unknown said...

Saya TIDAK PERGI tetpai ini bukan bermakna saya akan
undi UMNO atau Pas untuk PRU14.

Anonymous said...

Saya pun tak pergi begitu juga bapa saya orang kampung saya kawan2 saya tapi adakah mereka sokong kelepetorasi?

Anonymous said...

Saya pun same...tak pergi sbb mmg tak pernah pergi maner2 perhimpunan..tapi tak bermakna akan undi umnogok atau PAS..PH kena muhasabah diri...byk kepincangan lagi...

powertrain1648 said...

Pegi pun x menambah...ponteng pun x berkurang

1msia said...

negara kini menyaksikan satu fenomena yg dikenali sebagai "keletihan demo jalanan" demi proses demokrasi dan a sense of hopelessness dikalangan rakyat for Change.

selepas beberapa demonstrasi jalan "street demo BERSiH", sikap kerajaan tak berubah malah menjadi lebih korup, angkuh dan autokratik. Maka, para pengundi rela "go for the in PRU14".

walau bagaimanapun, bilangan orang yg menghadiri perhimpunan PH dijangka tdk dekat dgn jumlah yg hadiri "BERSIH". Tetapi sentimen rakyat utk perubahan masih kukuh, tetap menolak BN. Misalan, the low turnout of non-malays.

kebanyakan pengundi tersedia membuat keputusan mengundi for Change for Betterment. Pengundi sudah bersedia utk GE14. Pengundi sedang menunggu utk menggulingkan kerajaan kleptokratik melalui Pilihanraya. Demo Jalan tdk berupaya melakukannya perubahan.

Ini lah satu sebab orang yg hadiri Himpunan Jatuhkan Kerajaan Kleptokratik tdk seramai demo jalan BERSIH yg lalu.

the need and motivation for Change for voters are still very much alive. ia nya tenang sebelum ribut. pengundi going "stealth" under the radar. Ini menyampaikan satu masalah yg tersangat serius kepada BN dr aspek "ground and voters inclination intelligence"