Friday, November 13, 2015

PAS VS DAP: SIAPA MENIPU, SIAPA YANG BERCAKAP BENAR, SIAPA YANG MEMEGANG PRINSIP & SIAPA YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI? (WAJIB BACA)



Oleh : Lim Sian See

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan Rakyat.

Menerima hakikat bahwa PAS mungkin bukan genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... Ini jawapannya:

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.


Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!

https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056

https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa.

http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)

https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan , satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud."

https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.”

 http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”.

http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti.

http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul.

http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang.

https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS.

https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....

17 comments:

Unknown said...

Bila nak salahkan orang, habis semua dibuka. Diselak. Sampai terlupa kain sendiripun diselak.
Makin dinafi, makin menampakkan kebodohan...

Saya setuju PKR salah catur dalam Langkah Kajang. Tapi harus diingat, Kajang adalah kerusi PKR. Rumah tangga PKR. Kenapa pula PAS nak lebih2. PKR pernah kacau rumahtangga PAS semasa isu MB Kedah dahulu??

Fitnak kepada TSKI. Kalau PAS berprinsippun, cukup hanya dgn menyatakan pendapat. Jangan terover kacau politik rumahtangga orang. Selangor hak PKR. Biar PKR handle. Bila orang kacau rumahtangga sendiri ( 2 ADUN PAS sokong Azizah) tau lak marah.

2 ADUN sokong Azizah. PAS marahkan? Apa pulak PKR rasa isu calon PRU Kota Damansara? Sg Aceh? Bukit Besi?

Tak ada sapapun marah PAS nak buat hudud. Tapi bagi tau la mesyuarat Majlis Presiden. Dengar pendapat rakan?. Degilkan?? Kenapa sekarang senyap. err.... Bagi alasan ada saman kat court. SU PAS yg baru kan loyer. Takkan dia tak brief pasai "court injunction"? Alasan atau dah kena tipu??? Dengar la cakap orang lain kali...

Setakat nak calap Lim Guan Eng menipu, apa nak heran. Dia bukan Islam. Dia tak ada dosa dan pahala. So... tak yah la banding dgn dia. Ni... yang claim ulamak ni. Apahal??? Boleh ponteng s9dang Parlimen. Boleh ubah persetujuan mesyuarat. Akhlak apa yg nak ditunjukkan? Kalau setakat nak banding dgn Lim Guan Eng, lebih baik tak payah claim ulama. Sebagai org Islampun tanggungjawab dah lebih drp itu...

Na'im Nikmat said...

Untuk pengetahuan saudara yng menulis artikel diatas bukan ahli PAS,beliau seorang cina non-muslim yng mengupas punca sebenar pepecahan PR. Tidak timbul soal wala, taksub ulama dan sebaginya... Nak lawan biarlah dengan hujah bukan emosi :-)

Anonymous said...

Nampak dari cerita penulis, PKR yang bersalah. Saya nampak pun mcm tu jugak kerana tidak bincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Perkara yg sama dilakukan oleh PAS tidak memberikan penerangan yg jelas berkenaan pembentangan hudud. Saya tidak mahu menyentuh bab hudud dgn lebih mendalam, cuma proses yg dibuat oleh PAS tidak berhemah. Politik PAS perlu lebih matang. Mempertahankan tindakan tidak semestinya melambangkan mempertahankan Islam. Rujuk kaedah Rasulullah SAW yang amat berhemah dalam tindakan beliau. Tunjukkan betapa Islam yg diajar Rasulullah SAW mesra kepada semua.

Anonymous said...

hujah dan fakta sudah penulis bentangkan.....
tapi kalau emosi masih menguasai manakan dapat hadam maksudnya...
kebenaran yg terbentang pun masih memandang pada titik hitam....

Anonymous said...

ko lawan sama sendiri...
tapi apa la yg rakyat dapat?

kesian la kat kami nih...
mana lagi nak pegi...

dah bila baca kedua duanye,
semua salah
semua betul...

last2 rakyat pening...
bn bermaharajalela lagi!

Anonymous said...

Terbaik!!!!!!!!

Anonymous said...

saya sokong apa yg di tulis oleh en mat daud

Na'im Nikmat said...

MDS kata: Setakat nak cakap Lim Guan Eng menipu, apa nak heran. Dia bukan Islam. Dia tak ada dosa dan pahala. So... tak yah la banding dgn dia.

Adakah MDS sedang menghina org bukan Islam? Prinsip tidak mengira agama dan warna kulit. Ini yng sy maksudkan berhujah guna emosi dan bukan rasional.

aku said...

Kekuatan Parti bergantung kepada sokongan rakyat bukan kepada individu tertentu Sepatutnya bermesyuarat dan berbincang antara satu sama lain, apa yang kita nampak ialah masing2 rasa mereka sudah kuat tetapi mereka lupa bahawa kekuatan mereka adalahdari rakyat.

Na'im Nikmat said...

Saya setuju inilah komen yng rasional...

Anonymous said...

memang telah menjadi ketentuan Allah bila orang yang tersepit dengan kesalahan mereka sendiri akan mula menyerang dari sudut atau menggunakan hal-hal yang langsung tak berkaitan dengan isu sebenar (termasuk menyerang peribadi dengan mengada adakan cerita yang bukan-bukan ) telah jelas PKR dan DAP tersilap langkah dan kecundang membuat percaturan., semua orang yang berakal dan melihat nampak dan jelas memahami punca dan hasil dari kesilapan mereka itu, tapi kalau memang dasar manusia munafik tidak akan mengakui kesilapan sendiri ... (kalau memang orang bodoh, dungu, bingung yang membuat kesilapan seperti ini pasti boleh kita terima dan maafkan )

DinSerati said...

kah kah kah,
apa yang berlaku hari ini dalam PAS adalah kesan jarak jurang yang luas antara TGNA dengan pimpinan PAS semasa.
TGNA telah meninggalkan kesan yang nyata dalam politik bertunjangkan Islam. Melalui perwatakan dan kebolehan semula jadi yang beliau miliki, TGNA begitu dihormati oleh lawan dan kawan. Beliau bukan sahaja telah berjaya menguatkan PAS, bahkan menjadi tulang belakang kepada penyatuan pembangkang.
Bukan sahaja TGHH menghormati beliau, bahkan mat sabu, salahudeen dan Husam menyatuni mereka. Begitu juga dengan Anwar dan Wan Azizah yang menjadikan TGNA sebagai guru mereka, bahkan Lim Kit Siang dan Karpal juga cukup berhati-hati untuk bercakap dengan beliau.
Inilah jurang antara TGNA dengan penganti-penganti beliau. Secara berterus terang, mursyid am PAS telah gagal menjadi penasihat yang baik apabila berlaku pergolakan dalam parti. Bahkan beliau telah memperlihatkan sikap memihak kepada puak dan golongan tertentu apabila berlaku pertembongan dalam parti.
TGNA pernah memperlihatkan pengaruhnya dalam PAS bila timbul riak dalam parti. Bukan sahaja Nasaruddin Mat Isa dimarahi, bahkan Presiden dan Tim Mursyid am terpaksa datang ke Kota Bharu untuk mencium tangan TGNA.
Pentas ceramah dan kuliah agama telah diguna pakai untuk mengeratkan hubungan antara ahli parti dan medan membuat sindiran halus kepada pimpinan parti. Semua ahli parti selesa dengan sikap TGNA, bahkan sami-sami budha sangup datang untuk menzarahi dan memberi kehormatan kepada beliau.
Jika pimpinan semasa terasa hati untuk meniru beliau (bukan menjadi seperti beliau), maka mustahil tertubuhnya parti AMANAH seperti hari ini.
Jika sifat menghormati orang lain menjadi pegangan TGNA ada pada pimpinan hari ini, maka Pakatan Rakyat mustahil terkubur dengan sebab deman selsema.
Jika pimpinan semasa lebih sayangkan parti dari puak dan diri sendiri, maka tidaklah aktivis PAS menghabiskan masa menyekat pengaruh mat sabu, husam dan salahudin.

Anonymous said...

Jangan lupa Pas juga mempunyai kekuatan Melayu Islam yang tulen, sekali saja Pas tak bersama dengan PKR dan Dap pasti gagal semua misi pembangkang. Dap realitinya memang akan kena tempias teruk hanya mampu bertahan dikawasan majoriti cina sahaja. Misi Putrajaya boleh kita lupakan, Amanah gagal mendapat sokongan Melayu.

Anonymous said...

Assalam
Kita orang bawahan tak tau apa yg sebenarnya berlaku di atas. Bila YB Dato Husam buka cerita tentang tindakan presiden PAS, baru la kita tau perkara yg benar bila tiada sepatah haram pun penafian drp dia
Benda2 putus hubungan dan pecah pakatan begini bukan terjadi sekelip mata, ianya satu proses yg agak lama.
Saya ingin tahu drp mulut pimpinan atasan sendiri, baik drp Pimpinan PAS skrg dan juga bekas pimpinan yg dh masuk Amanah, supaya tau duduk perkara yg sebenar.

Na'im Nikmat said...

W'salam, orang bawahan dan rakyat bukan susah sgt nk faham, DAP putuskan hubungan Presiden PAS, respon drpd keputusan DAP itu PAS perlu memutuskn hubungan dgn DAP kerana Presiden PAS dipilih secara demokrasi oleh perwakilan... Bab tuduhan Datuk Husam pula sehingga hari ini belum ada bentuk kerjasama politik/gabungan antara PAS dan UMNO :-)

Anonymous said...

Kesimpulannya. betapa jahilnya parti pan dan mudah kena tipu di Dap..

Anonymous said...

Assalam...Dari dulu lagi PAS dan TGNA perjuangkan HUDUD sebelum pakatan dibentuk dan apabila Pakatan dibentuk Pakatan persetujui PAS memperjuangkan HUDUD.Apabila TGNA meninggal baru Pakatan tidak bersetuju PAS perjuangkan HUDUD siapa yang putarbelit sekarang.MB selangor sekarang sendiri banyak kelemahan yang apabila pihak pembangkang (BN) selangor membidas tentang penubuhan anak syarikat milik Mb selangor tidak dapat dijelaskan oleh MB Selangor sendiri.begitu juga bekas MB selangor dulu memperjuangkan hak air untuk rakyat selangor tapi sekarang MB selangor sekarang hendak menaikkan tarif air diselangor.siapa yang gagal mentadbir negeri.isu di kedah tidak lain adalah pengkhianatan dalam parti PAS.Apabila arahan TGNA supaya menghormati keputusan MB kedah.Sepatutnya semua pemimpin yang mewakili Parti perlu akur dengan keputusan parti.Apabila ada kemusyikalan sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat parti bukannya membuat sidang media.Apabila membuat sidang media menyuarakan tidak kepuas hati secara terbuka menyebabkan boleh disalah faham dan diputarbelitkan.