Saturday, July 14, 2012

BEKAS PENGETUA NI CUKUP MASAK DENGAN PERANGAI UMNO.



PONTIAN: Gara-gara dianggap penyokong pembangkang, bekas Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di negeri ini telah di tukarkan sejauh 360 kilometer.

Hj Jasimin, 63 berkata penyertaannya dalam gerakan Islam PAS adalah diatas kesedaran disamping penyalahgunaan kuasa jelas berleluasa sewaktu beliau masih bergelar kakitangan kerajaan lagi.

”Saya tak payah ambil contoh yang jauh. Saya lihat dengan kepala dan mata sendiri bagaimana penyelewengan itu boleh dibuat.

”Saya di buang daerah sejauh 3 jam perjalanan. Kononnya di buang daerah kerana penyokong PAS. Sebagai seorang bekas Pengetua, saya tiada apa-apa kepentingan. Yang saya utamakan adalah keselesaan pelajar saya mengikuti pembelajaran yang kondusif.

”Suatu ketika, atap bocor dalam bilik darjah menyebabkan aliran elektrik terganggu. Jadi, saya buat permohonan kepada pihak terbabit untuk membaikinya.

”Apabila peruntukan itu sudah sampai. Alangkah terkejutnya saya lampu kalimantang yang harga pasaran sekitar RM120, diclaim RM360. Berkali-kali ganda naik.

”Saya ajukan pertanyaan ini kepada pihak terbabit. Malangnya, bukan penjelasan yang saya terima, tapi saya pula dimarahnya pula. Dia kata saya tak berterima kasih. Untungnya diberikan peruntukan, kalau tak bagi?, katanya.


”Ya, Allah. Saya minta bukan untuk kepentingan saya. Ia untuk kemudahan anak-anak murid saya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Penyampaian sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan, di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, dekat sini, baru-baru ini. SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

asas ugama takda..tu yang jadi macam tu..kerajaan sekarang menenggelamkan islam..menhina islam..undang undang boleh di jual beli..ni jadinya..

Anonymous said...

Ada seorang lagi guru pakar dari Batu Pahat, Johor ditukarkan 24 jam ke Setiawan hanya kerana bercakap dengan seorang pimpinan Pakatan Rakyat. Kejadian beru berlaku beberapa bulan yang lepas.
Mental betul gang2 atasan pegawai pendidikan di Johor ni.