Sebelum mereka datang ke Malaysia untuk bekerja, mereka membayangkan bahawa mereka mampu mengubah kehidupan mereka yang amat daif di Indonesia tetapi malangnya ada sebahagian mereka menerima nasib yang begitu malang sekali.
KES 1. Penderaan ke atas Nirmala Bonat (KL), majikan Tionghua telah menyimbah air panas ke badannya mengakibatkan dia mengalami kecederaan teruk dan parut-parut yang kekal di kulit.
Nirmala Bonat
Nirmala juga mendakwa telah dipukul dan diketuk oleh Yim dengan cawan besi di bahagian dahinya beberapa kali sebelum dia melarikan diri ke bilik pengawal dan melaporkannya kepada pihak polis.
Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang
dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Yim, 41, bekas pramugari, telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Nov, 2008 setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan Nirmala.
Hukuman penjara terhadap ibu kepada empat anak berusia empat hingga 11 tahun itu bagaimanapun dikurangkan kepada 12 tahun setelah Mahkamah Tinggi menerima rayuannya pada 3 Dis tahun lalu.
Mahkamah juga membenarkan Yim menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. Dia dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan mencederakan Nirmala di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini antara Januari dan Mei 2004
KES 2. Penderaan ke atas Siti Hajar (KL), majikan Tionghua .
Beliau didera dengan begitu kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, beliau berjaya menyelamatkan diri.
Selain diseksa, beliau juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi bahkan lebih parah bila gajinya sebulan RM500 juga tidak dibayar selama tiga tahun.
Siti Hajar juga telah dihubungi oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Dalam perbualan telefon dengan Siti Hajar itu, Presiden memberi sokongan padu kepadanya dan meminta supaya dia sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku.
Susilo juga berjanji kepada Siti Hajar akan memberi bantuan sepenuhnya supaya dia dapat membina kehidupan baru di Indonesia.
Siti Hajar dalam nada sebak menyatakan kepada Presiden: ''Walaupun badan saya sudah 'hancur', terima kasih kepada semua pihak terutama pemerintah Indonesia yang banyak membantu dan melindungi saya."
KES 3. Menyebabkan kematian Mantik Hani (Kelang), majikan India - Murugan, 36, didakwa membunuh Mantik, 36, di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbuddin 6, Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober 2008
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Sepanjang perbicaraan, 50 saksi pendakwaan termasuk isteri tertuduh dipanggil memberi keterangan.
Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober 2008 setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.
Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.
Wanita itu diselamatkan pihak polis selepas seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek membuat laporan polis bersama peguam, Gerald Lazarus.
Semasa diselamatkan, terdapat kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan mangsa termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan tulang pada kakinya.
Selain itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri termasuk bengkak pada bahagian muka, dipercayai dipukul dengan objek keras.
Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada A. Murugan, bekas majikan yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah, Mantik Hani.
KES 4. Penderaan Sulasti, suspek Majikan India
SIBU: Polis menyerbu sebuah rumah kedai di Jalan Kapua di sini petang semalam dan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera parah dipercayai telah didera dengan teruk oleh majikannya.
Sepasukan anggota polis dari Balai Sungai Merah bertindak menyerbu rumah kedai terbabit pada jam 1 petang, setelah menerima aduan daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia pada jam 11 pagi bahawa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah didera dan dikurung di dalam bilik di sebuah rumah kedai itu.
Polis kemudian menahan seorang suri rumah yang dipercayai majikan pembantu rumah berkenaan kerana disyaki bertanggungjawab mencederakan mangsa.
SUSPEK (yang berbaju putih), yang disyaki mendera pembantu rumahnya
Pemangku Ketua Polis Sibu Superintenden Zamani Hamdan mengesahkan tangkapan tersebut yang akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanan Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Majikan terbabit pada mulanya enggan membenarkan polis memasuki rumahnya, tetapi polis tiada pilihan selain memberi amaran untuk membuka pintu rumahnya secara paksa.
Apabila ditanya polis, majikan terbabit juga menafikan yang dia telah mendera pembantu rumah dan tidak mahu bercakap banyak.
Ketika pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui pembantu rumah yang cedera bernama Sulasti dari Jakarta dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui di dalam sebuah bilik dalam keadaan cedera dan tidak mampu berjalan disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan muka, manakala badannya mempunyai bekas-bekas luka dipercayai dipukul dengan benda tumpul dan juga bekas lecur. Mulutnya juga berdarah semasa polis menemuinya.
Pembantu rumah itu juga didapati kelaparan dipercayai tidak diberi makan dan minum.
Suami suspek juga ditahan - Gambar The Borneo Post 15 Aug 2010
Polis percaya mangsa telah dicederakan oleh suspek sejak lebih enam bulan lamanya mengikut keadaan kesan luka yang terdapat pada tubuhnya.
“Majikan saya telah memukul saya dengan tangan, kaki, kayu, rotan dan besi,” adu Sulasti kepada polis sambil menambah bahawa dia telah bekerja dengan majikannya itu kira-kira tiga bulan.
Sulasti telah dihantar ke Hospital Sibu pada jam 1.30 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.
SUMBER:http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
N'N: Ini bukan post rasis untuk membuka aib kaum2 lain selain Melayu tetapi untuk kita jadikan pengajaran bahwa amah bukan hamba abdi....Tetapi perlu diingat bukan semua rakyat Malaysia berperangai seperti itu dan bukan semua warga Indonesi datang ke Malaysia untuk berkerja menjadi amah ada yang jadi perompak,perogol dsbnya bila datang ke Malaysia....Dan yang terbaru diorang jadi pengundi kah3.........
1 comment:
Bodoh punya pemimpin2 Melayu (kononnya islam).....Susah sangatkah untuk meletakkan syarat hanya majikan islam berhak mengambil pembantu berugama islam....Tak terdaya jangan jadi pemimpin...ini lambat siang menjual muka untuk jadi pemimpin. Ada yang sanggup membeli undi semata-mata mencari laba dunia. Ikhlaskah kamu semua.....jangan biar islam dihina dan diperlakukan sedemikian.....
Post a Comment