Di Indonesia mereka yang tak mampu membayar tiket keretapi akan duduk diatas atap. Pihak PT Kereta Api yang dimiliki pihak pemerintah sudah melakukan pelbagai perkara untuk menghalang freeloaders ini dari menaiki kereta api milik mereka. Sebelum ini mereka meletakkan dawai berduri diatas atap bagi menghalang orang ramai memanjat atap tetapi ianya gagal. Langkah terbaru mereka ialah menggantung bebola besi sebesar penumbuk diatas landasan.Jika ada lagi yang masih mahu duduk diatas atas mereka terpaksa berhadapan dengan penumbuk besi seperti dibawah ini. Buat masa sekarang sistem ini hanya diletakkan di stesen keretapi sekitar Jakarta untuk melihat berapa efektifnya ia.
sumber:
blogserius
N'N: Mereka mempertaruhkan nyawa setiap hari, namun adakah tindakan drastik itu mampu selesaikan masalah?
No comments:
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.