Pages

Thursday, January 19, 2012

10,000 KECEWA KERANA PEMBERIAN RM500 BR1M YANG DIJANJIKAN TIDAK DITEPATI.



HAMPIR 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan kerana tidak ditepati oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Yang DiPertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan Semporna yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.

“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan. Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 ribu sahaja yang menerima bantuan tersebut,” dakwa Julpikar lagi.

Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat terutama apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu dibuat secara serius dan adil.

Program pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.

“Cakap tidak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan politik bagi meraih undi. Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?” ujarnya.

Sehubungan itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno BN yang ‘besar kepala’ dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.


sumber: Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.