Monday, October 31, 2011

Melayu Dan Islam: Pra Perkahwinan Tidak Islamik.

Seperti yang kita dapat lihat dikalangan anak muda Melayu yang mahu melansungkan perkahwinan cukup gemar untuk membuat gambar-gambar yang dikatakan Pra Perkahwinan yang menampilkan pasangan yang masih belum sah sebagai suami isteri berpegangan tangan dan berpelukkan....Budaya daripada barat ini seakan-akan sudah menjadi seperti adat kita orang melayu....Cuba dengar ceramah Ust Azhar Idrus ni:



N'N:Runsing jugak aku tengok kat FB berlambak gambar Pra Perkahwinan orang2 Melayu kita, tolong hentikan budaya yang tak sihat nie segera.....

TIDAKKAH KALIAN BERASA LAWAK BILA PERKASA KATA MEREKA PENENTU KEJAYAAN CALON PRU-13. SILA ANDA LIHAT GAMBAR SOKONGAN RAKYAT TERHADAP PERKASA2 INI:

[TMI] KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Perkasa percaya pertubuhan bukan kerajaan berusia tiga tahun itu akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan memobilisasi sokongan ahlinya, khususnya dalam menentukan nasib calon dan parti yang telah memperlekeh Islam dan orang Melayu. Jom tengok sokongan yang macam mana kat bawah ni:



http://4.bp.blogspot.com/-8v771oHp5RE/TfI6HQkluoI/AAAAAAAAD-E/qXynXIaaCDc/s1600/Picture+003.jpg

Ibrahim Ali

http://1.bp.blogspot.com/-lJBngOyjOPM/Tp4w81jKmLI/AAAAAAAAKuY/k881NP5eGhw/s400/302463_10150500543768662_537408661_11288662_1992443813_n.jpg

Zulkifli Nordin

N'N:Sokongan??? Sokongan Kerusi-kerusi diatas boleh menentukan nasib calon dan parti yang bertanding dalam PRU-13 ker???

Fakta Menarik Bergambar:Benda-Benda Yang Membunuh Manusia






















N'N:Ajal akan datang menemui kita di mana-mana dan tidak mengenal masa. Bila cukup tempohnya tidak akan lewat atau awal walaupun sesaat.

SUMBER

Malaysia Sedang Menuju Ke Arah Fasisme. Apa Itu Fasisme? Sila Baca Untuk Ketahui:

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/10/pix-for-malaysia-menuju-fasisme.jpg


APA YANG MEMBUNUH 30 RIBU ORANG SETIAP TAHUN? INI JAWAPANNYA:

http://1.bp.blogspot.com/-cK2sLuHLwps/TqrIAw5NerI/AAAAAAAAGRk/BjxCvr2F4EM/s320/nidokidos+-+deaths+%25282%2529.jpg

N'N:Ikutlah Sunnah yakni makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang, Insha Allah anda tidak akan mengalami OBESITI........

UMNO JADI 'PONDAN' BILA MCA HINA ISLAM.

Umno 'beri lesen' MCA hina Islam?

KUALA LUMPUR, 30 Okt: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.

"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?

"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.

Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina.

"Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.

"Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi.

Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu.

Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian.

"Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.

"Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini.

"Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya.Harakahdaily

Sunday, October 30, 2011

GAMBAR YANG SANGAT SIMPLE UNTUK MENJELASKAN APA ITU HIJAB.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/307179_295253260492729_210433215641401_1186491_385012613_n.jpg

N'N: Untuk wanita solehah segala kecantikannya adalah untuk tatapan suami semata-mata tapi untuk perempuan yang tidak menutup aurat kecantikan dirinya untuk dijamu mata-mata sekalian lelaki.....

GAMBAR HASIL REKAAN ARKITEK YANG GAGAL....



N'N:Mungkin arkitek ni mengaji tak habis he3...........

MAAF KATA, HANYA ORANG BODOH YANG TAK DAPAT BEZAKAN ANTARA PENTADBIRAN DSAI DAN NAJIB SEBAGAI MENTERI KEWANGAN.

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/kpru-statistic_domestic-debt-1991-2011_b-22.png

N'N: Hutang Negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu. Sudah terbukti bahawa Najib tidak pandai mentadbir kewangan negara.....

sumber

Saturday, October 29, 2011

Jawablah Panggilan Isteri Anda, JIKA TIDAK..........

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/297410_280446498656822_161724550529018_946050_363567182_n.jpg

N'N:Sendiri mau ingatlah...

MENGAPA GADDAFI DIHINA SEHINA-HINANYA OLEH RAKYATNYA SENDIRI, INI MUNGKIN JAWAPANNYA.

Muammar Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih.

Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.

Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya.

Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan. Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan “tidak setia”.

Pada tahun 1973, Gaddafi mengistiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya.

Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar. Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli.

Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli. Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia.

Kesemuanya atas “jenayah” dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi. Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.

Mana kemuliaan

Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai.

Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggal budaya lama yang merosakkan.

Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki.

Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya.

Dia memanggil rakyatnya “tikus” yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya.

Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka.

Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai “dead dog”, “mad dog”, “the rat” dan pelbagai lagi. Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya.

Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya): “Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu”. (Surah al-Baqarah: 143).

Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?!

Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. Laungan takbir “Allahu Akbar” dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi.

Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini.

Benaissa

Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang “terbuka” atau liberal.

Saya ramai kenalan Arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. Beliau ke sini untuk membahaskan tentang “Arab Spring” ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku.

Sudah ada beberapa pembentang yang lain.

Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik.

Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik.

Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip.

Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan. Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan.

Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, meyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: “Religion is the sigh of oppressed creature...it is the opium of the people”.

Saya kata kepada beliau: “Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan”.

Beliau jawab: “Ya, itu maksud saya”.

Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau “The Economic and Political Causes of Change”.

Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa.

Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik.

Beliau menyentuh tentang kepentingan “hope” atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat.

Harapan

Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan.

Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka.

Firman Allah (maksudnya): “Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar:53).

Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat — seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja.

Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini.

Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya.

Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

sumber

KALAU MELAYU DI MALAYSIA BERSATU ATAS DASAR ISLAM DAN BUKAN ASOBIYAH(UMNO)TAK MUSTAHIL KITA DAPAT KEJAYAAN SEPERTI MEREKA INI:


Alhamdulillah..Umat Islam Tunisia berasa puas sekarang setelah parti islam Tunisia telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini.Kita sudah ketahui bahawasanya Tunisia sebelum ini diperintah oleh seorang pemimpin korup dan sekular seperti Umno@apco.Kini rakyat Tunisia patut bersyukur kerana syiar islam akan tertegak dibumi mereka insyallah.

Parti Islam Tunisia iaitu Parti Nahdhoh dilaporkan telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini. Alhamdulillah dengan kemenangan ini,Ia akan membuka ruang kemenangan kepada parti-parti islam diseluruh dunia setelah selama ini dipadamkan kemenangan oleh penipuan-penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti sekular yang memerintah negara.

Dengan kemenangan parti islam ini mungkin akan memberi kemenangan kepada parti-parti islam di negara lain seperti parti ikhwanul muslimin mesir dan Parti Islam Semalaysia yang masing-masing akan menjalani pilihanraya dalam masa terdekat ini..Insyallah..

Allahuakbar..........







Tu.. celup dakwat.. SPR bila lagi??



N'N:Jika Melayu di Malaysia bersatu atas dasar Islam dan SPR tidak menjadi barua@anjing UMNO/BN Insha Allah kita boleh berjaya...

SUMBER

GAMBAR PERKARA YANG MUNGKIN KORANG TAK PERNAH TERJANGKA AKAN BERLAKU SEMASA BANJIR.



N'N:Kah3.......

INILAH GAMBAR KELUARGA YANG PALING CELIK I.T



N'N:Kalau semua keluarga di Malaysia celik I.T macam ni, UMNO/BN tak boleh cari makan dah he3......

Friday, October 28, 2011

KAU BOLEH BUAT LAWAK PULAK MASA BANJIR....

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/299061_10150906747440319_237423610318_21759579_1538316488_n.jpg

N'N:Hampeh......

MISTI TONTON FILEM "GUA IKUT ENTA" PART 1,2 & 3.







JOM TENGOK SIAPA YANG KENA 'RED CARD" DENGAN RAKYAT NI..

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/307162_263363043710072_100001091366856_848806_2139499740_n.jpg

N'N: PRU-13 makin pasti Najib akan diberi Kad Merah oleh Rakyat....

GAMBAR MANUSIA BERI BANTUAN PERNAFASAN KEPADA ANJING.



WAUSAU, Amerika Syarikat - Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun.

Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.

Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.

Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan. Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.

Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya. Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku. - Agensi


Firman Allah:

“Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada tuhannya mereka dikumpulkan.” Al An’am 38

SEKALI IMBAS MEMANG KORANG AKAN CAKAP INI GAMBAR LUCAH, TAPI SILA LIHAT BETUL2..

http://3.bp.blogspot.com/-Y2t1HH8ldag/TqlqAsArctI/AAAAAAAACJI/JVJGgkUmGys/s320/lucah.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-z5dgOyJW-WM/TqlqBZhYFeI/AAAAAAAACJQ/97zXAiMNBzI/s320/lucah1.jpg

N'N:Jangan lihat sesuatu perkara sekali imbas..Jika kita tak pasti apa yang sebenarnya kita lihat eloklah kita melihatnya beberapa kali agar tidak tersilap menilai sesuatu....Samalah seperti apabila fitnah disebarkan kita akan meyangka fitnah itu betul jika kita tidak menyiasat keadaan sebenarnya.......

INI YANG TERJADI BILA LAMAN WEB PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA @F.A.M KENA HACK SEBAB NAK JADI KAPITALIS.

http://4.bp.blogspot.com/-2sv13ee9o9s/TqnsNjUKahI/AAAAAAAALUg/w0a6mhGGAJs/s400/fam-hck.jpg

N'N: RM50 untuk tiket!!!! Dasar kapitalis!!!!

GAMBAR NASIB MALANG SEORANG LELAKI YANG BERGELAR JUARA.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/315950_250323245015816_100001144262971_643339_1493552534_n.jpg

N'N:Apakan dayaku dah nasib badan(macam ni baik aku kalah jer hu3...)

Thursday, October 27, 2011

Melayu Dan Islam: Fesyen Dada Tersembul Dikalangan Wanita Melayu.

Fesyen Tetek Tersembul



Fesyen yang agak biasa di kalangan perempuan sekarang. Memang cantik, sangat cantik, yela, lelaki mana yang boleh tahan godaan fesyen macam ni. Aku yang alim-alim ayam ni pun boleh terangkat.

Agak kasarnya nama fesyen ni, tapi ini jela nama yang terbaik aku boleh terfikir sekarang. Fesyen ni digemari oleh golongan majoriti perempuan peringkat pertengahan umur. Biasalah, muda bergetah, semua benda nak pamer, asset katanya.

Dalam pada sedap mata lelaki melihat, mesti ada di antaranya menyampah melihat fesyen bodoh ni. Lebih-lebih pula kalau si pemakai tu dari golongan yang ada hubungkait dengan kita. Cukup menyakitkan hati.

Fesyen ini juga dikatakan bermula dari suku kaum sakai yang kepingin nak berfesyen, tapi tiada sumber rujukan terbaik, maka terhasil lah fesyen tetek tersembul ni. Tak kira dadanya bergred AA, mahupun CC, pastinya menggemari fesyen ni. Lebih besar, lebih baik, kata orang-orang sakai.

Bahayanya bagi penggemar fesyen ini, banyak mata akan memandang. Pandang sekali, pasti nak lagi. Bila dah nak lagi, maka semakin menjadi-jadi, silap haribulan, gambarmu akan disimpan sebagai koleksi. Macam ada pengalaman je? HAHA. Setakat ni belum lagi, tengok dan simpan dalam memori. Malam tu , reset balik memori, mati tu bila-bila bang.

Tak hairan kalau korang sendiri amalkan fesyen terbaik ni, sebab benda ni dah jadi macam biasa. Bagi korang, tetek tu takde pape, tapi bagi lelaki, itulah seribu makna. Jadi, bila asset tu diberi pinjam kepada kita, simpanlah elok-elok, jangan dibangga-banggakan. Nanti diragut orang, patah tumbuh, hilang tak berganti-ganti.

Nak gambar fesyen ni? Pergi je keluar rumah, cari kawasan awam, berlambak-lambak ada. HAHA....

Dipetik disini

Adakah Teori BODOH Ini Masih diajar di Sekolah Kita???

Are you still believe in Darwin's Theory?

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/302945_10150894629330103_301207935102_21612373_9253781_n.jpg

N'N:Takder maknanyer belajar teori yang bodoh nie....Al-Quran dah ada jawapan sebelum orang yang buat Teori ni lahir.......

Wednesday, October 26, 2011

ZUL KULIM DAPAT JAWATAN YANG SELAYAKNYA UNTUK PENDUKUNG ASOBIYAH.

http://3.bp.blogspot.com/-dzhbycZwJRo/TqA2JVj7zKI/AAAAAAAAEI4/YqR2CqqVd1c/s1600/zul%2Bkulimposter.jpg

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA


Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.
Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.
Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.

SUMBER

SAYA INGIN TAHU PN. ROSMAH, BERLAGA PIPI DENGAN LELAKI YANG BUKAN MUHRIM INI AMALAN MAZHAB MANA PN.ROSMAH???

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/300469_233827843338528_100001339417450_515741_1480873581_n.jpg

N'N:Boleh Pn. Rosmah jawab???

GAMBAR PENGORBANAN SEORANG ISTERI.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/312982_286484758042672_100000434492909_1050823_1999861655_n.jpg

N'N:Mungkin lawak bagi kita tapi itulah pengorbanan seorang Isteri yang mungkin seorang suami pun tak mampu buat....