yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, October 12, 2011

SAYA BUKA-BUKA TENGOK MEREKA DAH PANGKAH BAKI UNDI: KOMANDO KAMIL. SILA TONTON, FAHAM DAN SEBARKAN!!!





AKSI GESEL-MENGGESEL DIDALAM BAS, ADUH PAKCIK DAH TAKDER KEJE LAIN KER???

http://2.bp.blogspot.com/-Ntc73OXEQuw/TpUvPuJgHjI/AAAAAAAAJII/TpqlmWVyasU/s1600/13183252794078047.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-aXWA1oPPLt0/TpUvPiOwFXI/AAAAAAAAJH8/R-xQDjwCFHE/s1600/13183252814567354.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-0eH_-8ygUY8/TpUvPYNw-FI/AAAAAAAAJH0/EwTKHlTqakg/s1600/13183252831787337.jpg

N'N:Eloklah kiranya buat bas untuk berlainan jantina supaya lelaki gila seks tak dapat memuaskan nafsu......

sumber:borakkosong


KENAPA WANITA INI HADIR MESYUARAT TERTUTUP BELANJAWAN 2012, SEDANGKAN DIA TIADA JAWATAN DALAM KERAJAAN MAHUPUN KEMENTERIAN KEWANGAN???

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/311906_2290285429496_1619799057_2202942_408615987_n.jpg




Kenapa Rosmah Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012

Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

N'N:Siapa Rosmah? Menteri Kewangan Ke-3?

INI JAWAPAN PALING BERNAS JIKA ADA ORANG YANG NAK KOTAK-KATIKKAN ISLAM.

Mengapa orang Islam sembah kotak hitam ?





Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam..




Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman...

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”...
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi...

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak…

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?...

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....Merah padam muka Missionary menahan marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum...

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone...

Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....


Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...

sumber

GAMBAR BALASAN 'ON THE SPOT' YANG MANUSIA INI DAPAT KERANA MENZALIMI BINATANG.




Padilla Ditusuk Tanduk Lembu Dari Rahang sehingga Tembus Ke Mata.

Seorang matador buta sebelah mata dan kini dalam keadaan kritikal selepas ditanduk lembu jantan semasa sukan laga lembu yang penuh kekejaman itu. Sukan ini telah didesak diharamkan di Barselona . Lembu jantan ini telah menusuk ke muka matador Juan Jose Padilla dari rahang dan tembus ke mata dengan disaksikan oleh 20, 000 penonton.

Gambar menunjukkan seorang matador ditanduk seekor lembu jantan menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada mukanya.

Tanduk haiwan seberat 679 kilogram itu menembusi muka Juan Jose Padilla, dari rahang bawah hingga ke lesung matanya dan timbul di sebelah biji matanya yang tersembul.

Kejadian berlaku selepas Padilla tergelincir ketika melakukan persembahan di gelanggang di Zaragoza, Sepanyol.

Dia dikejarkan ke hospital dengan mukanya berlumuran darah sambil dia meraung: “Saya tidak boleh melihat. Saya tidak nampak apa-apa.” Padilla, 39, menjalani pembedahan selama lima jam selepas cedera teruk pada mata, tulang, otot dan kulit muka.

Doktor, Simon Sanz dan Nadal Cristobal berkata, pakar bedah menggunakan kepingan titanium dan jejaring untuk membentuk semula muka matador itu.

Pembantu gelanggang, Vincente Yesteras berkata, Padilla bernasib baik kerana tanduk lembu itu tidak menembusi otaknya.-DM

Sumber : my Metro

N'N:Bagi mereka menyeksa binatang itu sebagai hiburan, maka rasakan bagaimana bila ia berlaku sebaliknya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)