Wednesday, November 2, 2011

UMNO DAN ZIONIS BAGAIKAN RAKAN KARIB YANG BERPISAH TIADA.

http://3.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/S8ROIxElSKI/AAAAAAAANBw/g9JRoy8Z7g0/s320/umnoapco.jpg

Kerajaan Pusat semakin MESRA YAHUDI, APCO,petinju JADI SAHABAT dan Hubungan Dagang Israel-Malaysia.


Setelah Kerajaan Malaysia membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej dengan mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel, KINI KERAJAAN SEMAKIN MESRA YAHUDI apabila memberikan kebenaran kepada petinju Yahudi memasuki Malaysia.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”

Ternyata Menteri Belia dan Sukan telah bertindak dahsyat tanpa memikirkan kezaliman regim jahanam Yahudi membunuh umat Islam Palestin.

Tergamak menteri yang bernama Shabery ini membenarkan seorang Yahudi laknatullah masuk ke negara kita dengan mudah. Apakah Shabery tidak sedar dan tidak faham sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Shabery mesti memohon maaf kepada umat Islam Palestin dan Umat Islam seluruh dunia.

Di saat umat Islam disembelih, dibunuh dan dihalau dari tanahair mereka Palestin, Shabery dengan mabuk kuasa menggunakan pangkat dan kedudukannya membenarkan bangsa paling bangsat ini masuk ke Malaysia.

Lebih malang lagi kita boleh lihat bagaimana biadapnya si bangsat menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk mengibarkan bendera regim zionis itu di dalam negara Malaysia. Memang Shabery ini jenis tidak berhati perut.

SUMBER


Cinta Gelap: Hubungan Dagang Israel-Malaysia

Entah kenapa hari ni ungkapan 'Celaka' senantiasa berlegar diminda. Kusut memikirkan kemusnahan apa lagi yang bakal ditujahkan oleh umno-apco terhadap negara yang dicintai ini dan kezaliman apa lagi bakal melilit sendi dan urat seluruh rakyat marhaen.

Celaka dalam diam rupanya benar umno-apco telah lama menjalankan hubungan dagang dengan negara laknatullah israel. Inilah para pemimpin yang puak gerombolan julang dan banggakan rupanya menjadi 'gunting dalam lipatan' mengkhianati amanah umat Islam dan non-Islam Malaysia yang tidak mengiktiraf israel.

Talam dua muka umno-apco bermuka-muka dengan mewujudkan polisi anti-israel sebaliknya mereka 'bermain belakang' dengan israel dalam hal perdagangan. Lihatlah olehmu, bukalah pintu hatimu wahai penganut mazhab umno-apco. Pemimpin gerombolan sedang membawa negara ke arah kehancuran dan sedang mengetok gendang bala Tuhan untuk kita semua.

Janganlah kita tunggu sehingga Allah turunkan bala yang lebih besar dan dahsyat ke atas rakyat Malaysia. Cukuplah dengan bala ekonomi, bala jalanraya dan bala sosial yang Dia timpakan sebagai tanda peringatan.

Berikut merupakan petikan ucapan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri semasa
membahaskan Belanjawan 2012 Peringkat Dasar pada sessi Dewan Rakyat
bertarikh 17 Oktober 2011. Diekstrak dari Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang
dimuat turun dari laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Soalan beliau mudah saja, benarkah kenyataan ini? Kalau tak benar,
PM harus nafikan kenyataan Mischa Harish.

"Seterusnya, saya hendak bangkitkan lagi satu isu iaitu Profesor Dr. Syeikh Yusuf
Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan
di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam
untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel
adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar tersebut.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.
Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk
polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai
hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan
pengkhianatan terhadap polisi negara ini. Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia
berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Berdasarkan satu artikel dalam laman web anakmudamalaysia.com, Solidariti Anak Muda Malaysia telah menyatakan secara jelas bahawa, Dalam satu sesi pemerintahan ini memunculkan imej anti-Israel dan pro Palestin. Malah pemerintah ini pula me’wajah’kan lawan politik dalam negara sebagai agen Yahudi dan Israel dalam pelbagai imej seolah-olah anti Islam. Namun dalam wajah yang lain,

Malaysia ialah antara negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam telah menjadi
rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Beberapa bukti seperti borang kastam
yang membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus segar dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin
turut telah didedahkan kepada umum.

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan runtuh maka pada tahun 1994 di bawah Kabinet Tun Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagangan dengan Afrika Selatan.

Akan tetapi kesempatan diambil untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. Sejak daripada itu Malaysia menjadi antara rakan dagangan utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di perpustakaan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa dengan jelas
terdapat banyak bahan-bahan mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade,
Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review Israel,
Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel,
Douanes (iaitu buku kod tarif perdagangan Israel)
dan beberapa lagi.

Micha Harish, Israel Minister of Industry and Trade, Israel-Asia Chamber of Commerce
pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu majalah promosi perdagangan
Israel seperti berikut dengan izin, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister
and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue
economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar Perdana Menteri harus menafikan
kenyataan Micha Harish ini. Sekian terima kasih." - che'gubard.

1 comment:

PemikirpolitikJerantut said...
This comment has been removed by a blog administrator.