Monday, September 5, 2011

TITIK NOKTAH UNTUK UMNO,KENYATAAN MAT SABU DISOKONG MB JOHOR: Mat Indera Antara 150 Tokoh Terbilang Kata MB Johor


LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.

Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.

Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]


Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.

Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.



Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]

SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

segelintir melayu umno/pas le yg bodoh..tak reti2 nak bersatu dari dulu sampai la skrg yg nampak semakin kronik..patutnya rungkaikan permasalahan dgn tidak emosi politik,jelas dan berfakta sebenar..
fakta sebenarnya sememangnya mat indera,rashid maidin,shamsiah fakeh, termasuk juga ahmad bostamam,dr. burhanudin helmi,pak sako dan dll lagi adalah pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yg ada di antara mrk terpaksa kehutan berjuang secara gerila..mrk bukan
KOMUNIS!!!di dlm hutan mrk mengamalkan ajaran islam sepenuhnya(sebagaimana di ceritakan oleh shamsiah fakeh sblm kematiannya)anda semua tentu tahu apa definisi komunis dan susur galurnya..BERLAKU KESILAPAN IALAH MRK BERJUANG BERSAMA-SAMA CINA KOMUNIS YG BERMATLAMAT MENUBUHKAN SEBUAH NEGARA KOMUNIS DI BWH NAUNGAN NEGARA KOMUNIS CHINA..jadi dgn itu jgnlah mudah utk menidakkan jasa mrk yg tlh menumpahkan darah,keringat dan airmata semata-mata utk bebas dr penjajahan dan lebih teruk lagi melabelkan mrk sbg komunis!!!
juga jadikanlah sejarah yg lepas
itu sbg pengajaran kpd kita umat melayu/islam..

Na'im Nikmat said...

Dr. Burhanuddin Al-Helmi telah menyertai PAS dan tiada langsung pejuang kemerdekaan yang anda nyatakan itu yang menyertai UMNO, mengapa? Kerana UMNO tali barut British...Pejuang kemerdekaan mana yang mahu bersatu dengan tali barut British????