Benda ini terjadi kepada Imam Surau aku , sedihnya kebanyakkan daripada makmum masih jahil tentang ini dan mereka duduk kembali menyambung tahiyat awal.
Sebenarnya tak perlu duduk kembali untuk membuat tahiyat awal jika kita sudah berdiri sempurna kerana tahiyat awal itu Sunat Ab'ad.
Ketahuilah jika keadaan berdiri kita sudah sempurna kemudian kita duduk kembali untuk tahiyat awal maka solat kita batal melainkan kita masih belum berdiri sempurna dan masih dibatas rukuk maka boleh kita duduk kembali untuk tahiyat awal.
Mujurlah aku dan beberapa makmum sudah tahu mengenai hal ini dan terus berdiri dan meneruskan solat dan kemudian membuat sujud sahwi pada akhir rakaat yakni selepas tahiyat akhir. Walau bagaimanapun jika tertinggal "sujud sahwi" tidaklah menjejaskan solat kerana ianya sunat sahaja. Untuk pemahaman tentang "sujud sahwi" sila dengar pernerangan dalam video dibawah ini:
Ini satu lagi ilmu aku nak kongsikan buat panduan kita bersama:
Bagaimana sikap makmum bila mengetahui imam batal solatnya tetapi si imam sendiri tidak menyedarinya? Apakah makmum pun harus membatalkan solat atau terus mengikuti imam hingga solatnya selesai?
Jawapan:
Apabila makmum mengetahui bahwa imam batal solatnya, maka makmum tidak boleh mengikuti imam dan tidak boleh pula menghentikan solatnya, teruskan saja solat dengan niat memisahkan diri dari imam (niat mufarakah).
Sayid Abdurrahman Ba'alawi dalam kitabnya Bughyatul Mustarsyidin, halaman 74 telah mengutip fatwa pengarang kitab Kasyfun Niqab sebagai berikut:
Kesimpulannya, bahwa dalam niat berpisah dari imam itu terdapat lima hukum. Ada kalanya wajib, seperti bila makmum melihat imam melakukan hal-hal yang membatalkan solatnya."
Syekh Zainuddin Al-Malibari dalam kitabnya Fathul Mu'in mengatakan:
"Niat Mufarawah itu terkadang wajib, seperti makmum mengetahui ada hal-hal yang membatalkan salat imam, maka seketika itu pula ia wajib niat mufaraqah. Jika tidak berniat mufaraqah, maka solatnya batal sekalipun tidak mengikuti imam. Keputusan hukum ini telah disepakati oleh para ulama, sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Al-Majmu."
Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' Syarah Al-Muhadzdzah, Juz IV, halaman 256 mengatakan:
"Jika makmum solat di belakang imam yang berhadas dengan sebab junub atau buang air seni dan lainnya, sedangkan makmum mengetahui bahwa imamnya berhadas, maka ia berdosa kerana perbuatannya itu, dan batal solatnya menurut ijma'. Jika ia tidak mengetahui imamnya berhadas selain dari salat Jumat, maka sah salatnya. Akan tetapi bila ia mengetahui bahwa imamnya itu berhadas di tengah-tengah salat, maka wajib baginya niat mufaraqah dengan imam dan menyempurnakan salatnya secara munfarid (sendirian) melanjutkan rakaat salatnya. Seandainya ia terus saja mengikuti imamnya sekalipun hanya sebentar atau ia tidak berniat mufaraqah, maka salatnya dinyatakan batal menurut kesepakatan ulama." (Al-Majmu' Syarah Al-Muhadzdzab, Juz IV, halaman 256)
Masalah ini terdapat pula pembahasannya dalam kitab-kitab Fiqih dibawah ini:
I'anatut Thalibin, Juz II halaman 10, karya Sayid Bakri Syatha Ad-Dimyathi Al-Makki.
Tarsyihul Mustafidin, halaman 104, karya Sayid 'Alawi Ahmad As-Saqaf.
Al-Muhadzdzab, hamisy kitab Al-Majmu', Juz IV halaman 256, karya Imam Abu Ishaq Asy-Syairazi
8 comments:
salam tuan...
perkara macam ni kekadang yang tahupun tetiba jadi gelabah biawak sebab tak biasa dan jarang berlaku.
benda macam ni nampak kecil,tapi melibatkan hukum sah atau tidak solat tu,tapi kebanyakan masyarakat kita hari ni tak ambil berat sangat,sebab tu jadi macam tu
terima kasih atas maklumat ilmiah dalam blog tuan
Salam Fiadzliabuhanifah,
Betul tu kekadang kita yang tahu pun boleh jadi gelabah he3...
Sama-sama ilmu sememangnya untuk dikongsi bersama.
isyh..mcm kat surau aku je ni semalam..xkan kebetulan samo kut ngn surau lain..tp tul la mcm di ckp..gelabah gak semalam..sbb terlapau kompiden ngn imam import tahfiz tu.ilmu yg dipelajari langsung x masuk(blanck)..mata melilau jer usyha kiri kanan tgk2 kut2 ada yg leh diikut..heheh.last2 pakai mahzab ham=ta=ja(hantam saja)kah3..
salam.perkara ini pun pernah jadi kat surau saya dulu..tunggang langgang makmum siap pandang rakan sebelah lagi..termasuklah saya haha masa tu masih jahil lagi..terima kasih tuan Na'im atas maklumat ini.
tu la dia dunia skarang, maju sampai boleh naik ke langit. basic solat pun ramai fail. buat kuliah org komplain tak abih2 ngan bab smayang, crita la bab yg berteknologi. ambik kau teknologi tak reti solat. time isya' kot ni. time puak2 pi surau sethn sekali memeriahkan suasana
jawapan dari petikan kuliah seorang Ustaz di kampung sy mengenai masalah seperti di atas..wallahua'lam :)
SOALAN 1:
Bagaimana jika seorang mengikut imam, kemudian makmum bangun daripada sujud terus berdiri kerana terlupa sedangkan imam tahiyat awal?
JAWAPAN 1:
Wajib bagi makmum duduk kembali mengikut imam duduk tahiyat awal dan tidak perlu sujud sahwi, biarpun sudah berdiri betul
SOALAN 2:
Bagaimana jika seorang mengikut imam, kemudian imam bangun daripada sujud terus berdiri tanpa tahiyat awal?
JAWAPAN 2:
Wajib bagi makmum berdiri mengikut imam dan tidak perlu makmum duduk tahiyat awal. Imam menampung kelupaannya dengan sujud sahwi dan wajib bagi makmum mengikut imam sujud sahwi. Jika imam tidak sujud sahwi, makmum sujud sahwi selepas salam imam, dan sebelum salam makmum
SOALAN 3:
Bagaimana pula jika imam bila bangun terus tanpa tahiyat awal, maka apa kedudukannya bila diingatkan makmum dengan lafaz subhanaAllah?
JAWAPAN 3:
Maka imam itu sama seperti kedudukan orang yang solat seorang diri, jika sudah berdiri betul, maka tidak perlu duduk lagi, makmum mengikut imam berdiri juga.
Terima kasih atas jawapan.. jawapan ke2 anonymous itu memang bagus untuk saya.
Iman rokaat pertama sudah buat tahiyat awal...tp ia baru teringat Dan bangun...kemudian pada rokaat kedua baru ia nya buat tahiyat awal...adakah sembahyang nya batal?? Pohon pencerahan...
Post a Comment