Ipoh: Bimbang perniagaan merudum akibat isu ketiadaan logo halal yang hangat diperkatakan semula menyebabkan segelintir pemilik restoran kopitiam panik membeli logo halal ‘swasta’ bagi memperdaya pelanggan Islam.
Logo halal tidak diiktiraf itu ditampal pada pintu di kaunter bayaran premis bagi meyakinkan pelanggan yang semakin berhati-hati selepas menyedari masih terdapat kopitiam tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, berdasarkan pemantauan terdapat kira-kira enam logo halal palsu yang menyerupai logo halal Jakim berada di pasaran.
Menurutnya, kebanyakan pengguna mungkin tidak menyedari penipuan terbabit berikutan pihak yang menjual atau mengeluarkan logo halal palsu itu cuba meniru atau menghasilkan logo mirip logo halal Jakim.
“Kebanyakan logo tidak diiktiraf ini berbentuk bulat menyerupai logo Jakim dengan tulisan jawi ‘halal’ di tengahnya.
“Sekali pandang ramai yang tidak dapat membezakannya dengan logo halal Jakim, namun perkataan yang tertera pada tepi bulatan logo mempamerkan nama pelbagai syarikat yang tidak diiktiraf Jakim,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang sangsi berhubung restoran kopitiam yang dikunjungi boleh menyemak nama syarikat terbabit di direktori Halal Malaysia yang dikendalikan Jakim.
“Setakat ini, hanya beberapa syarikat restoran Kopitiam disahkan memiliki sijil halal Jakim antaranya Pak Hailam Kopitiam Sdn Bhd, Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, Jonker Walk Kopitiam dan Old Town Kopitiam Sdn Bhd di Plaza Shah Alam, Selangor,’ katanya.
Isu berhubung kopitiam ini mula diperkatakan semula selepas pihak Jakim mendapati wujud sebuah rangkaian restoran kopitiam terkenal mendapat bekalan bahan mentah tidak halal dari sebuah syarikat pengedar dari Pulau Pinang hujung April lalu.
Susulan itu, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengambil keputusan menarik semula sijil pengesahan halal Malaysia bagi syarikat pengedar makanan itu selepas laporan kimia mendapati terdapat Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat itu yang turut diedarkan ke kopitiam.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak, Mohd Hilmi Mohd Noor yang ditemui semalam berkata, pihaknya memandang serius perkara itu melalui kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Katanya, KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati menggunakan logo halal palsu atau tamat tempoh.
Menurutnya, penguatkuasaan berhubung perbahasan ‘halal’ dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972/Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975/Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. “Akta ini memberi perlindungan kepada peniaga dan pengguna daripada amalan perdagangan yang tidak sihat seperti penggunaan perihal dagangan palsu atau mengelirukan berhubung dengan harga dan barang-barang serta pernyataan palsu yang mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan, tempat tinggal dan kemudahan.
“Penggunaan perbahasaan ‘halal’, ‘Ditanggung Halal’, ‘Makanan Islam’ atau sebagainya termasuk dalam bentuk logo oleh premis perniagaan tidak diwajibkan di bawah undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. -HM
N'N:Tolonglah prihatin dengan benda yang masuk dalam badan kita yang akan jadi darah-daging, pastikan status HALALnya....
No comments:
Post a Comment