Thursday, May 20, 2010

Undang-Undang Ala UMNGOK/BN/APCO :UGUT BUNUH TAK APA.... BERI NASIHAT KENA PENJARA 5 HARI

'Ancaman' Facebook: 5 hari merengkok di penjara

http://syukran.files.wordpress.com/2010/04/safuan-hilmi1.jpg

(Klik Gambar untuk besarkan imej)bandingkan ucapan diatas dengan ucapan nasihat ini:

"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata 'kata-kata' itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya.

Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu.

"Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok.

"Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Badrul, yang jelas ketakutan selepas lima hari ditahan berkata beliau hanya menyedari bahawa Saiful membuat laporan polis selepas membacanya di internet pada keesokan harinya.

"Saya berpendapat yang saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pergi ke balai polis Klang pada Jumaat.

"Sarjan yang bertugas berkata dia perlu menyemak sebuah fail berhubung kes itu. Dia kemudiannya memberitahu bahawa saya ditahan,” kata Badrul.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa polis melayannya dengan baik sepanjang penahanan itu tetapi tidak faham mengapa masa yang begitu panjang diperlukan bagi merakamkan kenyataannya itu.

Badrul dibebaskan petang semalam.

Menurutnya, keluarganya juga tidak diberitahu berhubung penahanannya sepanjang lima hari itu.
-malaysiakini-

Note: Ni la malaysia.. kalau yang kena ugut bunuh tu nik aziz, tunggu berpuluh laporan polis dibuat baru la nak buat2 tangkap. Tu pun saja jer nak tutup cerita. Tak de pun dengar org yg kata nak bunuh nik aziz tu kena penjara. Tp beri nasihat kepada binatang yg x bermaruah mcm si shyfools ni terus jer kena penjara 5 hari. Mulianya si shyfools ni di mata kera...jaan malaysia.

Sumber:http://rubbertapperz.blogspot.com

N'N:

"DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

saya akan terjemahkan bahasa santai Saudara Badrul Hisham Abdul Jalal ini ke bahasa budiman:

Saudara, Saya ingin bertanya saudara, kita ni manusia pasti akan menemui mati dan tak tentu lagi kita akan hidup sampai esok kerana semuanya ketentuan ilahi...jadi janganlah saudara aibkan sesama manusia apa lagi kepada binatang yang bergelar monyet wahai saudara Saiful...

Mungkin Si Saiful ni tak faham bahasa kut.....

5 comments:

Anonymous said...

Semua perlu tanggungjawab ‘krisis’ Sime Darby, kata Mahathir

MINSIDER

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kesemua mereka yang bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami konglomerat Sime Darby tanpa hanya dibebankan ke atas Ketua Eksekutif Kumpulan yang telah diminta agar bercuti sebelum tamat kontrak.

“Adakah hanya CEO sahaja yang bertanggungjawab? Siapa lagi yang turut terlibat dalam priojek dan gagal untuk melihat bahawa peningkatan kos adalah tinggi dan projek itu tertangguh hampir tiga tahun,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata beliau “merasakan tanggungjawab ini seharusnya dikongsi bersama.”

“Saya telah dimaklumkan mengenai peningkatan kos dan kelewatan ini tiga tahun yang lalu,” kata Dr Mahathir sambil menambah, beliau menyedari masalah berkenaan dari awal-awal lagi tetapi tidak mahu menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan didakwa amalkan kronisme.

“Adakah kita ataupun Sime Darby mendapat pengajaran dan (sudah) mula melihat ke atas projek-projek yang ia sedang kendalikan?

“Saya merasakan orang ramai berhak untuk mengetahui apabila sebuah syarikat awam mengalami kerugian berbilion ringgit.

“Proton hanya kerugian RM500 juta, ia boleh diterima. Adalah kerugian RM1 bilion boleh diterima?” katanya.


WOW...MAHAZALIM CAKAP RUGI 500 JUTA BOLEH DITERIMA!!

TAK KAN MAHAZALIM TAK TAHU PASAL INFLASI...

RUGI 500JUTA TU ZAMAN DIA..

SEKARANG NIE, DGN MENGAMBIL KIRA FAKTOR INFLASI, KALAU RUGI 1 BILLION TU STANDARD LA..KAN...KAN...KAN...

HARGA DULU DAN HARGA SKRG MANA LA NAK SAMA...TU YANG BANKRAP SATU MALAYSIA...MUAHAHHAHAHHAHAHA

UMNO_JUDIHALAL.COM

lawak said...

nampak sgt kelemahan,dah tentu yg ugut nik aziz tu dah ditangkap lepas hangpa buat laporan polis..pa la nak jadi ngan hamgpa,baca harakah saja tupasai tau dalam ruang lingkup hang saja,camanala hang jadi blogger tapi ilmu sana sikit sini sikit,camana ngan guru hang dulu yg suruh anwar sumpah muhabalah?bila dah baik sakan buat lupa pulak,ulamakaka macamtu,pa fatwa nik ajis pasai saiful?ada?dia ada jumpa saiful?hang perjuang apa sebenaqnya?harun din nhj hadi lagi baguih

Na'im Nikmat said...

Salam,
Ini keraguan dlm kes saiful:

1.Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu – demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami “tenesmus” – kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan “plastik” di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah”, dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan “jaga”, “selesa”, “tidak pucat” dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

2.Mengapa Saiful perlu berjumpa Najib setelah mengaku diliwat kenapa tidak terus membuat laporan polis.

3.Saiful sering tergagap ketika melafazkn sumpah..mengapa..berani kerana benar kenapa takut kerana salah....

4.Saiful seorang pemuda yang sihat dan kuat jika dilihat pada fizikalnya..adakah logik seorang tua(DSAI) yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang boleh meliwatnya secara paksa???

5.Saiful tidak ada bukti ataupun saksi untuk menyokong tuduhannya terhadap DSAI.....

Hanya orang bodoh dan tak berotak yang percaya bulat kpd Saiful.....

lawak said...

tu yang hang baca pada salinan yg PKR sebar kat kedah n ulu selangoq,samada dimanipulasi oleh mereka hang pun tak tau,tupasai aku kata hang jenih angguk2 geleng2,aku cuma nak dengaq mai apa fatwa nik ajis pasai saiful,dulu dia jugak yg kata anwar kena sumpah muhabalah,tapi sampai la ni buat2 senyap,yg ni hangpa tak jawap,jawapla,jangan jadi sesumpah

lawak said...

dan satu lagi hanya yg bodoh dan takda akai yg pecaya anwar bulat2,tuk guru hang belajaq ngan anwar kot jadi sesumpah,kejap boleh,kejap tidak,tulapasai,baca surat kabaq yg jenih bankang,otak pun tak kembang