Monday, May 24, 2010

Panas: Isu Judi Bola Sepak Piala Dunia, Akhirnya Mantan PM Si Pak Lah Badawi Pula Berbunyi Dan Kritik Keputusan Kerajaan UMNO Lulus Lesen Itu

Kerajaan UMNO Barisan Nasional kini menerima tamparan lebih hebat dalam isu "Judi Bola Sepak Piala Dunia 2010". Jika sebelum ini mereka memandang rendah kepada desakan rakyat agar lesen kebenaran judi yang telah diberikan kepada Berjaya Group itu ditarik balik. Terbaru, kenyataan mempertikai dan mengutuk isu tersebut diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri mereka sendiri iaitu Pak Lah Badawi .

Semalam, Pak Lah bersetuju agar kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan yang akan berlangsung awal bulan depan itu bermula.

Malah, menurut Pak Lah lagi pihak pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan. Katanya bagi orang Islam, judi tidak dapat diterima dan dan begitu juga orang bukan Islam yang turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kenyataan Pak Lah ini sedikit memeritkan telinga pemimpin UMNO BN terutamanya Perdan Menteri Najib Razak sebenarnya.

Jika selama ini, Pak Lah banyak berdiam diri dalam banyak isu selepas melepaskan jawatannya Mac tahun lalu. Kini beliau seolah-olah mula cuba untuk campur tangan terhadap pentadbiran Najib. Inilah yang berlaku kepadanya dulu, bila Mantan PM Mahathir sering kritik pentadbirannya.

[Nampaknya, pentadbiran Najib sedikit kucar kacir sekarang ini. Siapa yang mahu didahulukan, rakyat atau kroni si Vincent Tan?. Nampak benar pemimpin UMNO BN tidak cakna rakyat bila sanggup meluluskan lesen judi kerana nak menghalang orang berjudi secara haram. Bukankah penguatkuasaan sudah ada dan mereka yang melakukan aktiviti perjudian itu boleh ditahan dan didakwa di mahkamah. Kenapa perlu dilesenkan?. Inilah dia dasar Islam UMNO bila tergamak menggadaikan maruah agama untuk kepentingan peribadi pihak tertentu. Bayangkan, jika inilah keadaannya maka satu hari nanti aktiviti perzinaan akan diberikan lesen bagi menggelakkan banyaknya pusat pelacuran haram di negara kita. Islam dipermainkan sesuka hati, tetapi kenapa majoriti pemimpin dan penyokong UMNO berdiam diri?. Pak Lah berani bersuara kerana beliua sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku. Di mana Ibrahim Ali dan Perkasa yang kononnya beriya-iya benar mahu membela Islam dan Melayu itu agaknya?. Kenapa tidak menikus dalam isu sensistif seperti ini?].

Sumber:http://pahangdaily.blogspot.com

No comments: