Saturday, April 10, 2010

Kontroversi Memvisualisasikan Nabi Muhammad dalam Filem IRAN

Sutrada filem Iran Majid Majidi(Gambar) mengakui bahawa rancangannya untuk memvisualisasikan Nabi Muhammad dalam sebuah filem nabi Muhammad pada masa nabi Muhammad masih kecil, kembali menimbulkan kontroversi dalam dunia Islam atas boleh tidaknya penggambaran nabi Muhammad secara visual.

Majidi yang masuk dalam nominasi Academy Award pada awal bulan ini mengumumkan bahawa dia akan menyutradarai filem tentang 12 tahun pertama dalam kehidupan Nabi Muhammad yang akan difilemkan di beberapa negara di Timur Tengah, terutama di Morocco, di mana ia berencana sebahagian besar suting filemnya di sana.

Filem berjudul "Muhammad" diprojeksikan akan menjadi filem yang paling mahal di bioskop Iran dengan perkiraan anggaran sebesar 30 juta dolar.

Sutradara Iran Kambuzia Partovi, yang menyutradai filem "Café Transit" pada tahun 2005, menyatakan mereka memerlukan waktu tiga tahun untuk menulis skrip filem "Muhammad", dan saat ini menunggu revisi dari sekelompok sejarahwan dan ahli agama.

Dokumen-dokumen sejarah digunakan sebagai referensi untuk pembuatan filem ini, dikumpulkan dan diterjemahkan oleh sekelompok pakar/ulama di Iran, Maghribi, Tunisia, Lebanon, Iraq, dan Algeria, kata Majidi dalam sebuah sidang media.

Menyedari bahawa filem yang dibuat tentang nabi Islam (nabi Muhammad) jauh lebih sedikit daripada filem tentang Jesus ataupun Musa, telah memberikan inspirasi serta minat bagi Majidi untuk berkontribusi terhadap pembuatan filem tentang nabi Muhammad, ia menambahkan.

"Ada lebih dari 200 filem tentang Yesus dan lebih dari 100 tentang Musa, sementara hanya 40 filem yang dibuat tentang Nabi Muhammad," katanya.

Majidi yang terkenal kerana filem fenomenalnya "Children of Heaven", dinominasikan menerima Academy Award untuk Film Berbahasa Asing Terbaik pada tahun 1998.

Memvisualkan Nabi Muhammad

Penggambaran secara visual Nabi Muhammad telah menjadi salah satu tantangan utama yang harus dihadapi dalam projek pembuatan film "Muhammad" yang disutradai oleh Majidi, terutama filem ini konon akan memvisualisasikan Nabi Muhammad dalam salah satu periode masa kehidupannya diwaktu kecil.

Jurucakap Pusat Sinematografi Maroko (PKS) Muhammad Bakrim mengatakan bahawa Morocco tidak akan memberikan izin bagi Majidi melakukan suting filem tersebut di Morocco.

"Walaupun filem Majid Majidi dianggap besar dalam hal biaya produksi, Morocco telah mengambil keputusan itu sejak lama. Ada beberapa topik dalam filem tersebut yang kami anggap tidak memungkinkan untuk difilemkan di Morocco," kata Bakrim kepada akhbar harian Akhbar al-Youm.

Ada beberapa aturan atau Fatwa keagamaan di dunia Islam yang melarang penggambaran visual nabi Muhammad, isteri-isterinya serta para sahabat namun pada bahagian ini (sahabat nabi) sebagian ulama ada yang tidak melarangnya.

Ulama Mesir terkenal Syeikh Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa pengharaman memvisualisasikan sahabat nabi hanya untuk beberapa sahabat nabi, namun untuk Nabi Muhammad sudah jelas keharamannya, sementara Mufti Besar Saudi melarang pemvisualisasin terhadap semua nabi dan isteri serta sahabat-sahabatnya. (fq/aby)

sumber

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum sahabat,
saya masih belum faham apa yang di maksudkan dengan memvisualkan Nabi Muhammad.
Adakah dlm bentuk lukisan,atau sebahagian dari anggota badan ataupun suara.
Tapi kalau dah semua ulama' sepakat mengharamkan sebarang bentuk memvisualkan Nabi Muhammad,nampaknya tak perlulah di lakukan.Boleh gunakan kaedah lain seperti yg pernah digunakan sebelum ini.
Hanya menunjukkan unta yang ditunggang oleh baginda atau menampakkan tongkat sahaja.

Yang penting mesej tu sampai..

Na'im Nikmat said...

Waa'laikumsalam Sahabat,
Apa yang ana tahu mereka ingin seseorang melakonkan watak Nabi Muhammad S.A.W semasa Baginda masih kecil,sesungguhnya itu adalah ditegah sama sekali kerana semua ulama' sudah sepakat mengharamkan sebarang bentuk memvisualkan begitu juga dalam bentuk suara Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga dengan sesetengah Sahabat juga tidak boleh dilakukan sedemikian tetapi boleh dlm bentuk suara.Seperti dalam cerita 'Qamar Bani Hashim'