Thursday, March 4, 2010

Wahai Katak-Katak Walau Berjuta-juta Alasan Kamu Melompat Parti, Ketahuilah Bahawa Kamu Mempunyai Ciri-Ciri Manusia Munafik!!!

Mereka ini(Katak2)keluar PR kononnya untuk berjuang menegakkan Hak2 Islam dan Orang Melayu dan ada juga dikalangan mereka yang berkata mereka telah hilang kepercayaan kepada Pemimpin2 PR.

Lidah memang senang untuk menyatakan apa2 sahaja alasan yang difikirkan logik tapi sedarlah bahawa kami tahu apa yang sebenarnya berlaku..Jangan sesekali berkata bahawa kamu ingin menegakkan Islam dan bangsa Melayu bersama-sama UMNO sedangkan kamu sendiri sedar UMNO sudah 54tahun gagal melaksanakannya.Biarlah berjuta alasan yang diberi tetapi hakikatnya Amanah Rakyat yang telah mengundi kamu telah kamu khianati.

Ramai dari kalangan UMNO berkata jika berlaku sebaliknya yakni mereka yang melompat daripada UMNO/BN ke PR dianggap 'Hero' tapi mengapa jika daripada kalangan PR yang melompat ke UMNO/BN dianggap Pengkhianat dan Penderhaka.Jawapannya mudah sekali yakni kita sedia maklum majoriti Rakyat Di Semenanjung Malaysia ialah mereka yang mahu menjatuhkan Kerajaan Zalim UMNO/BN maka itulah Amanah rakyat yakni 'menjatuhkan UMNO/BN'.

Kita sedia maklum jika sistem Pilihanraya Di Malaysia ini diadakan secara telus dan jujur maka jawapannya UMNO/BN sudah lama berkubur dan ketahuilah bahawa katak2 yang melompat itu juga sedia maklum dengan perkara ini. Dengan ini sohihlah bahawa katak2 yang melompat daripada Parti pakatan Rakyat ke UMNO/BN mempunyai sifat2 Munafikin......


Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)

Firman ALLAH S.W.T:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).(Surah Al-Anfal Ayat27)

Mantan Mufti Perlis,Dr. Asri yang mengatakan bahawa setiap ahli politik yang melompat parti adalah sebagai pengkianat amanah rakyat dan akan menanggung dosa di atas perbuatannya itu

4 comments:

Unknown said...

Apa dikenang pada yang telah pergi
Makin dikenang buat sakit hati,
Lebih ramai lagi yang nak mengganti,
lepas ni patut hati-hati bila nak cari ganti..

Na'im Nikmat said...

Salam Akhi,
Pandai rupanya sahabatku bermadah.
Betullah apa kata akhi kita seharusnya wajib bersyukur di atas tindakan mereka keluar dari PR, kerana sekiranya mereka masih berada di dalam PR ketika kita memerintah negara ini, mereka ini lah yang akan meruntuhkan kerajaan yang kita tubuhkan nanti. Allah telah membantu kita mengenal siapa pengkhianat yang sebenarnya terlebih awal Alhamdulillah.

Ameen Muslim said...

Semoga pengganti lebih beriman dan berilmu dalam sistem politik. Bukan yang bermata ($.$)

Na'im Nikmat said...

Amin...