"RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah saya curahkan dan gaji terakhir saya sebelum bersara, dan jika dibandingkan dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa," kata Salehudin.
Salehudin berkata demikian dalam kenyataannya bagi menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang memaklumkan beliau (Salehudin) dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan walaupun ramai yang menganggap Salehudin memberikan khidmat percuma untuk PKR.
Menurut Salehudin, beliau menerima tawaran Datuk Seri Anwar untuk menjadi Setiausaha Agung PKR selepas berkhidmat selama empat tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan Ketua Staf Anwar.
"Dengan berat hati, saya menerima tawaran tersebut dengan beberapa syarat, antaranya sebuah Ibu Pejabat Parti yang lengkap, gaji yang mencukupi untuk staf dan memandangkan saya telah berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola selama 4 tahun dengan menggunakan wang saya sendiri untuk perbelanjaan pejabat, saya meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya," kata Salehudin dalam kenyataannya.
Berkenaan dengan CEO Kumpulan Perangsang, Salehudin memberitahu, beliau diarahkan oleh Anwar untuk mengambilalih jawatan tersebut untuk kepentingan PKR.
"Datuk Seri Anwar sendiri mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi Parti, walaupun saya agak keberatan. Saya menjawab saya hanya akan mengambil tugas tersebut jika saya dibayar RM1 sebulan," kata beliau dalam kenyataannya.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada Anwar.
"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit ini kepada umum. Memadailah untuk Dr. Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum bercakap melalut. Semua ini direkodkan dalam komputer saya beserta bukti-bukti lain yang menunjukkan Datuk Seri telah menerima e-mel tersebut dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.
Sebelum ini, Syed Husin mendakwa, bekas Setiausaha Agung parti itu bertindak menentang partinya selepas gagal mendapat jawatan sebagai CEO Syarikat Perangsang yang gajinya adalah RM50,000 sebulan.
Sumber:Harakahdaily
5 comments:
mata duitan betul jawa sekor ni. buat kerja biarlah iklas untuk rakyat, kalau untuk duit biar siang-siang masuk UMNO je, orang tak marah. UMNO memang tempat orang cari kesenangan dengan menindas orang lain.
berjuang demi agama, kelak di akhirat hidup lebih mewah. apa barang mewah di dunia tapi papa di akhirat.
p/s: dunia ibarat penjara bg org islam.
SALAM SAHABAT...
MELIHAT TELATAH DAN PERANGAI SI SALEHUDDIN INI MAKA TIDAK HAIRANLAH MENGAPA BELIAU MENINGGALKAN PKR..
NYATA WANG RINGGIT ADALAH KEUTAMAAN BELIAU DALAM BERPARTI..ORANG SEBEGINI TIDAK SESUAI SEKALI BERADA DALAM PKR MAHUPUN MANA-MANA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT..KERANA IANYA AMAT BERCANGGAH DENGAN MATLAMAT PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT...
JIKA MASIH ADA LAGI ORANG SEPERTI INI DALAM MANA-MANA PARTI PAKATAN RAKYAT HAMBA MOHON SEGERALAH MEREKA MENGIKUTI JEJAK SALEHUDDIN,FAIRUS,TAN TEE BENG DAN BEBERAPA KATAK LAGI MENINGGALKAN PAKATAN RAKYAT..
MAAF!!!KAMI TIDAK SAMA SEKALI MERASA KEHILANGAN MU DUHAI "KATAK-KATAK"..PERGI MU TAKKAN KU TANGISI MALAH AKAN KU BIKIN KENDURI..
Salam Matatech,Ameen&Jebbat Berani,
Betul kata kalian perginya mereka amat disyukuri....
orang yang tamak pasti akan rugi..
dunia dan akhirat....
Post a Comment