Monday, March 1, 2010

Setelah Setahun Menyepikan Diri, Akhirnya UMNO Berjaya Memujuk Fairus Untuk Berjuang Bersama-sama Demi ........

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2009/04/fairus-letak.jpg

Hari Ini Najib dengan bangganya berkata 'sesungguhnya anak muda ini(Fairus) masuk UMNO semata-mata untuk mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara, kita harus jaga anak muda ini dengan sebaik-baiknya'.

Tapi kami PR juga bersyukur beliau keluar meninggalkan PR

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersyukur “ke hadrat Allah” kerana Mohd Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan parti yang diumumkan malam tadi, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.

“Sejak beliau menyertai kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

“Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Syed Husin berkata, apabila berhenti Fairus menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

“Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu. Lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

“Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya ‘kerja’ dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000,” katanya.

Katanya beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan parti.

“Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

“Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan.

“Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar,” katanya.

-malaysianinsider-

N'N:Setelah Setahun Menyepikan Diri, Akhirnya UMNO Berjaya Memujuk Fairus Untuk Berjuang Bersama-sama Demi ........Asobiyah,Rasuah,Korupsi,Kroni dll yang seangkatan dengannya......

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam akhi, semuanya kerana duit...byk betul masalah PKR ni

Anonymous said...

patut la UMNO tak nak letak calon.. wahahahaha ada hikmah rupenye.. wahaha

saya pasti yang orang2 tertinggi PR dah tahu dah..tu yang lantik mansor othman terus jadi TKM I tu.. hehe

Na'im Nikmat said...

Salam Ya Akhi,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,selepas ini PKR seharusnya tidak tergesa-gesa dlm memilih calon dan calon yang dipilih semistinya mempunyai akhlak seorg yng bertaqwa jika dia seorg Muslim.Pastikan pisang tidak berbuah dua kali,ini semua pertunjuk daripada ALLAH S.W.T