Untuk Anda Para Pejuang Semua!
Kenapa PAS menang tipis. Cuba bayangkan Polis pakaian seragam 3,000 anggota. Polis tidak berpakaian seragam tidak diketahui jumlahnya (mengikut maklumat semua jenis SB berada di sana hampir mencecah 3,000 anggota). Pegawai-pegawai KESEDAR dan pejabatnya di Peria diguna sepenuhnya sebagai Bilik Gerakan BN. Jabatan Penerangan Kelantan kehabisan peruntukan.
Lihat sabotaj yang dilakukan?
Tambah lagi dengan Pegawai dan kakitangan KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan hal ehwal Khas, KADA pun turut bekerja sedangkan Manek Urai adalah bukan kawasannya. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaksa kontraktor bekerja untuk memenangkan Calon BN.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Manek Urai dengan menggunakan Helikopter dikatakan membawa beg hitam yang penuh misteri. Ini semua rakyat nampak dengan jelas.
Cuba bayangkan berapa juta Jentera Kerajaan menghabiskan peruntukannya untuk memenangkan Calon BN. Semasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu tempohari, Perbelajaan untuk Polis mencecah RM15 juta wang rakyat.
Bayangkan media elektronik TV1, TV2, TV3 serta media cetak Berita Harian, Utusan Malaysia dan media cetak yang dilesenkan oleh Kerajaan Pusat berperanan sekurang-kurangnya memaparkan perpecahan dan kelemahan PAS serta Kerajaan Kelantan. Berita-berita positif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan hanya disiarkan oleh Bloger-bloger dan risalah-risalah yang menelan belanja besar juga dan ini tidak termampu dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
PAS dan Pakatan Rakyat ada pentas-pentas ceramah semata-mata tidak mampu nak melawan jentera BN yang menggunakan sepenuhnya agensi-agensi Kerajaan Pusat bagi melawan jentera Pilihanraya PAS yang serba lemah itu.
Ini baru dari segi Jentera, tidak ambil kira dari segi sabotaj, provakasi, lihat video di atas.
Sumber:kerabubersuara.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment