Firman ALLAH S.W.T:
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" (Surah Al-Ahzaab ayat 67-68)
Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).
UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....
1.ALLAH mengharamkan Riba namun pemimpin UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….
2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu Hudud , Qishosh, Takzir, Mukhalafat dilaksanakan malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar
3.ALLAH mengharamkan JUDI namun pemimpin UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka.
4.ALLAH mengharamkan Arak namun pemimpin UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam.
5.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun pemimpin UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.
Tidak dapat dinafikan lagi pemimpin-pemimpin UMNO melakukan ‘kufran bawaahan’ dan sebagai ummat islam adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menentang UMNO.
2 comments:
salam...
ana setuju...
syukran...
Syukran akhi..
Post a Comment