Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8).
Sebagai ummat Islam yang beriman sepatutnya kita harus membela dan menegakkan keadilan kerana ia adalah tuntutan ALLAH S.W.T jangan jadi seperti puak-puak yang mempertahankan perkauman lalu mendorong berlaku zalim pada kaum yang lain.Kematian mendiang Teoh sepatutnya dibela oleh sekalian ummat Islam dan jangan kita jadi seperti puak-puak UMNO yang sering menegakkan benang yang basah.Apakah mereka akan berdiam diri jika yang mati itu dari kalangan mereka.Adakah mereka akan berdiam diri jika yang mati itu ahli keluarga mereka.Jangan jadikan perkauman sebagai landasan hidup kerana kelak akan mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment