Oleh:Megat
Apakah itu konsep derhaka? Pihak yang derhaka belum tentu berada dalam pihak yang salah. Orang melayu selalu meletakkan kisah penderhakaan Hang Jebat sebagai kayu pengukur. Sekarang mari kita bicara apa itu konsep derhaka sebenar dalam masyarakat Melayu. Cuba kita baca persetiaan Demang Lebar Daun (yang mewakili rakyat) dan Sang Sapurba (mewakili pihak raja-raja melayu), kerana inilah sebenarnya magna carta, pegangan orang-orang melayu dalam masyarakat melayu beraja.
“Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Sapurba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”(bapa di sini bermakna Sang Sapurba menghormati kedudukan Demang Lebar Daun)
Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhlihatkan, dinista dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”
Sang Sapurba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?” “Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.
“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Sapurba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.”
Inilah konsep demokrasi Melayu Beraja, rakyat tidak akan menderhaka kepada Raja selagi Raja tidak menderhaka kepada Rakyat. Rakyat tidak boleh menghina Raja walau dalam apa keadaan Sekalipun.
Jikalau anda faham kepada petikan di atas, dalam kes Perak siapa yang derhaka kepada siapa?
Aku tidak menyebelahi kedua-dua pihak, tetapi cubalah faham falsafah melayu beraja di atas.
Nizar cuba mempertahankan pilihan rakyat yang telah dibuat semasa PRU 12 yang lalu. Kes di Perak bukan sekadar pemecatan jawatan Menteri Besar tetapi Penubuhan Kerajaan Baru. Apakah BN yang telah jelas di tolak Rakyat boleh menubuhkan kerajaan di Perak. Nizar juga memohon untuk derhaka dengan cara yang baik dan tidak mengucapkan kata-kata nista kepada Sultan.
Kes Nizar adalah jauh untuk dibandingkan dalam kes melarikan anak Sultan dan mengatakan Sultan binatang, ini barulah menderhaka kepada Sultan......
Untuk menubuhkan kerajaan Baru, Syura mesti diutamakan. Apakah bentuk Syura itu? Dewan undangan Negeri boleh bersidang untuk membuat kerajaan Baru dan menjatuhkan Kerajaan Lama dengan undi ahli-ahli dewan undangan Negeri atau Pilihanraya perlu dilakukan semula. SYURA, ini konsep Islam.
Amalan perundingan adalah budaya berkerajaan dalam sistem beraja dan budaya bernegara menurut amalan Islam. Khalifah Islam mengamalkan syura dan Raja Melayu melakukan mesyuarat. Ini telah dijadikan amanat penting kepada pewaris takhta seperti terkandung dalam wasiat Sultan Alauddin Shah kepada putera Baginda Sultan Mahmud Shah.
Petikan:
"Hai anak ku, ketahui oleh mu bahawa dunia ini tiada akan kekal adanya... melainkan iman... adanya peninggalan ku ini hendaklah anak ku berbuat ibadat sangat-sangat, jangan tiada sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya terserah kepada mu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera engkau tolong, jikalau teraniaya ia hendaklah segera engkau periksa baik-baik supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasnya leher mu...Syahadan hendaklah engkau muafakat dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar, kerana raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat ia melakukan adilnya, rakyat itu umpama akar raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri."
(Petikan dari Sulalat al-Salatin)
Konsep Melayu Beraja setelah kedatangan Islam adalah berbeza dengan konsep Dewaraja semasa melayu masih berpegang kepada konsep Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja manyatakan yang Raja adalah wakil Tuhan di muka bumu dan takkan melakukan kesalahan, tetapi setelah kedatangan Islam, konsep melayu beraja telah menjunjung konsep syura.
Sebelum berlakunya perang Uhud, Rasulullah berpendapat untuk mempertahankan kota Madinah dari dalam kota, tetapi salah seorang sahabat bertanya kepada Baginda samaada itu perintah dari Allah atau pendapat baginda sendiri?, lalu baginda menjawab yang ianya adalah pendapat baginda sendiri. Lalu sahabatn itu berkata adalah lebih baik umat Islam berperang di luar kota Madinah atas sebab-sebab tertentu, dan majoriti para sahabat menyetujuinya. Lalu baginda bersetuju untuk berperang di luar kota. Dalam kisah ini, pendapat baginda Rasulullah ditolak oleh pendapat majoriti dan Rasulullah bersetuju kepada pendapat majoriti. Apakah pendapat Sultan dapat mengatasi pendapat majoriti rakyat sedangkan pendapat Baginda Rasulullah juga boleh ditolak pendapat majoriti.
Ditanyakan orang kepada Rasulullah: 'apakah jihad yang paling utama ?' Baginda menjawab: 'kalimat (kata-kata) keadilan di hadapan pihak berkuasa yang zalim' (konsep kezaliman dalam Islam ialah meletakkan perkara yang tidak kena pada tempatnya, bukannya sekadar membunuh dan bertindak sesuka hati sahaja). Di dalam kes Perak ini, perlantikkan kerajaan dan menteri besar baru tidak dijalankan dengan cara yang sepatutnya, iaitu SYURA (inilah kezaliman). Melalui sabda Rasulullah ini, cuba kita fikirkan, apakah Nizar menderhaka ataupun berjihad?
No comments:
Post a Comment