Negara kita pernah dipuji dan menjadi buah mulut diseluruh dunia kerana berjaya mengatasi Covid-19 suatu ketika dahulu.
Pujian demi pujian dan liputan demi liputan daripada segenap pelusuk dunia seolah-olah kagum dengan kejayaan negara kita menangani Covid-19.
Ketika itu semua bangga dan terharu dengan displin yang ada pada seluruh rakyat Malaysia.
Tetapi itu semua dulu sebelum para politikus gila kuasa buat perangai bangang mereka berebut kuasa, selebriti yang sesuka hati melanggar SOP, influencer yang guna helah untuk langgar SOP, ahli politik yang selamba langgar SOP, double standard dalam hukuman terhadap mereka yang melanggar SOP dan banyak lagi aksi-aksi yang buat rakyat semakin meluat.
Dan kini setelah hampir setahun berlalu sejak Aidilfitri yang lalu kita masih tidak boleh menyambut Aidilfitri seperti biasa. Masih ramai yang tidak boleh beraya dengan ibu bapa dan sanak saudara.
Akuilah kerajaan kini sedang gagal dan hampir pasti akan gagal jika tiada usaha untuk menjadi lebih baik dalam menangani penularan Covid-19.
Untuk rakyat Malaysia adakah kita perlu putus asa? JANGAN!!! putus asa bukan jalan penyelesaian sebaiknya kita terus lawan Covid-19 ini dengan bersungguh-sungguh kerana setiap daripada kita adalah penyumbang kepada kejayaan untuk menangani Covid-19 seperti yang pernah kita lakukan dahulu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment