Friday, April 16, 2021

Itu DBKL You Jangan Risaulah. Saya Sudah ‘settle’ Sama DBKL.


 

Aku pun teruja nak tahu apa maksud "saya sudah 'settle' sama DBKL"

Dipetik daripada Facebook bro Firdaus Wong Wai Hong:

Jiran kami ini workshop yang dimiliki seorang Belum Muslim dan selama 7 tahun MRM beroperasi, kami sering menghantar kenderaan kami untuk servis di bengkelnya. Hubungan kami agak baik cuma kebelakangan ini menjadi sedikit renggang. Kenapa?

Beberapa hari lepas beliau ‘confront’ saya supaya saya bertoleransi sikit berkaitan tokong yang dibinanya betul-betul di depan tangga pejabat kami. Katanya ianya tidak menganggu operasi kami.

Saya hanya memberitahu kepada beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tak benarkan pembinaan struktur kekal begini di tempat dan beliau dengan selamba menjawab;

“Itu DBKL you jangan risaulah. Saya sudah ‘settle’ sama DBKL. Sekarang you toleransi sikit bolehkah?”

Kami sebenarnya dah bertoleransi. Beliau baru membina tokong ini bulan lepas dan beliau membinanya menggunakan batu-bata kami tanpa meminta kebenaran dari kami. Beliau memberitahu kakitangan kami tokong untuk sudah dibina bertahun tetapi faktanya adalah baru sahaja dibina bulan lepas. Kami tidak memintanya untuk merobohkan tetapi memindahkan tokong itu di depan bengkel dia sahaja.

Saya juga sebenarnya kurang memahami maksud dia dah ‘settle’ dengan DBKL kerana kami nampak DBKL menghantar penguatkuasa ke kawasan tetapi tiada atau belum diambil tindakan. Kami dah cuba berbincang elok-elok tetapi menemui jalan buntu. Apakah yang beliau maksudkan ‘settle’ dengan DBKL itu?

‘Settle’ dengan membuat permohonan dengan DBKL atau ‘settle’ dengan rasuah? InshaAllah kami akan cuba lagi berbincang tetapi harap Jabatan Penguatkuasa DBKL boleh siasat apakah dakwaan dia ‘settle’ dengan DBKL itu.

Kita berbincang sebaik mungkin dengan cara terbaik namun andai gagal, harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara.

Sumber-https://www.facebook.com/773088628/posts/10159171268158629/

N'N: Ada baiknya buat juga laporan kepada SPRM kerana kemungkinan ada unsur-unsur rasuah disitu.

1 comment:

Anonymous said...

Brown Flesh Vibrator says: mudah sunggoh nak hina Islam (dan melayu). Tertanya jugak aku kenapa bangsat tu x nak pasang tokong tu kat bengkel dia? Kenapa MRM tak nak bertegas?

Nampak sangat bangsat jenis ni ambek kesempatan. Ini baru satu kes. Bayangkan kes yang sama kena kat bangsa aku sejak beratus tahun dulu. Cheee bye.