Saturday, April 10, 2021

DUIT RASUAH BANYAK-BANYAK TU NAK BAWA MASUK KUBUR KER?


 

Berikut adalah luahan seorang individu mengenai rasuah yang dilakukan penjawat awam....

Sedih dan kesian kawan yang dikenali di cekup SPRM 2hari lepas kes rasuah.

Mula mula, cuba bersangka baik, beliau di aniaya atau terpaksa.

Tapi, ada dikalangan rakan rakan sendiri yang pernah berurusan dengan dia tentang tender dan kontrak, sentiasa minta percent dari job yang diperoleh.

Awak dah memang kerja tetap, bergaji, gred pun bukan calang-calang, kenapa awak nak charge 10% 15% pada kontraktor?

Atas alasan awak yang approved, sign, dan assigned? Bukan kah gaji awak bulan2 dan skim pencen awal tu, dibayar untuk tugas tugasan tersebut?

Kenapa duk mintak lagi 10%? Pelincir?

Saya dari FSPU, fakulti yang ada pelajar QS, Planning, Building, Estate Management, Landscape, Interior Design, Archi.

Ia adalah open secret di antara kami bahkan diberitahu lebih awal lagi cabaran kerjaya berkaitan tanah ni, memang mudah diuji dengan kes kes RASUAH.

Waktu bekerja di firm, rakan rakan di developer selalu bercerita bertemu dengan rakan kenalan sendiri yang bekerja di PBT, meminta percent dalam pelbagai urusan.

Ada yang report ada yang susah nak report sebab benda verbal, payah nak bukti, jenuh nak bersaksi, sebab itu banyak yang sangkut, guna umpan.

Bahkan, segar lagi dalam ingatan, bagaimana ex bos saya, seorang australian muslim, terkejut dengan pengakuan seorang ketua kerani pejabat tanah, yang mana dia dengan bangga bercakap

"ive been to london 7 times".

Ex bos saya tu memang macam londoners, tapi dia asal melbourne, agaknya CC tu tengok omputeh je, terus ingat londoners...

itu tahun 2007.. kos ke london tiket saja berapa. Macam mana ketua kerani pejabat tanah boleh ke london 7 kali? oklah, MLM la kot kan?

Btw, rakan rakan kami dah tau siapa yang kena cekup tu... dan diberitahu, dia di kutip di rumah jam 2 pagi, kesian anak bangun ayah takde... kena reman pulak tu...

Biarlah keluarga malu jika kita miskin atau susah.

Daripada keluarga malu akibat RASUAH.

Kesian.

Dia sorang Rm1.2m.... jika sabit kesalahan... apa pun tarak.

Cuma ada ruang taubat dan kena usaha cuci nama dan usahalah bekerja apa saja kelak...

Memang susah kalau negara ni nak bersih 100% dari rasuah.

Dari atas ke bawah ada.
Dari bawah ke atas ada.

"Bos, borang dah approved, tapi mamat yang nak hantar borang approved ni, mintak duit kopi la bos, sebab dia runner, nak kena bagi pelincir kat kaunter pulak bos, kalau tak memang file kita kat bawah la bos walau dah approved..."

gila tak gila lahh jijik betul...

Sebab, yang jaga kaunter tu, duk susun sapa bayar dia, dia proses hat tu dulu...

tu yang di bawah.... yang di atas???

Dan kadangkala, akibat dah memang sebati dalam sistem, siapa yang cuba menentang, akan disusahkan, dipulau, dipayahkan urusan, dipayahkan naik pangkat, dianggap musuh rakan sekerja, bahkan, mungkin ancaman nyawa kepada diri dan keluarga.

Bagaimana nak bersihkan semua ini?

Rasuah, tak sejijik babi bagi yang muslim. Kerana, tidak di doktrin sejak kecil macam babi.

Babi di doktrin sejak kecil lagi, jijik dan kotor dan memang hukumnya haram, dari kecil.. sejak dari turunnya wahyu lagi.

Saya rasa, rasuah juga perlu di doktrin sejak tadika dalam silibus, bahawa ianya kotor, jijik, keji, dan hina.

Masukkan betapa hinanya dan kejinya perasuah dan penerima rasuah, dalam silibus sekolah tadika, rendah, menengah, dan universiti.

Barulah negara akan mengalami perubahan.

Bahkan, ada kawan saya bercerita, tatkala dia di uji dengan tawaran rasuah, Syaitan berbisik di hatinya

"Hang ambik rasuah ni, semua hutang piutang hang selesai, hang mati tak ada hutang, boleh masuk syurga"

Ya, kita juga di doktrin, dan memang hukum, mati dalam keadaan berhutang, memang panjang cerita dari dalam kubur sampai ke mahsyar.

Bahkan, mati syahid pun tergantung nikmatnya, kalau ada hutang. Berat kita rasa hutang ni.

Sebab tu syaitan tu boleh bisik macam tu kat kawan kita tu.
Padahal, walaupun mati takdak hutang, dan hutang tu urusan si mati dan si pemberi hutang sahaja.

Walhal, RASUAH, ia adalah urusan si mati dengan orang-orang yang sepatutnya berhak, dan lebih panjang cerita.

Jika rasuah itu melibatkan wang negara, maka seluruh rakyat akan menuntut hak kepada si rasuah tu.

Jika rasuah itu akan menyebabkan pengguna terpaksa bayar harga tinggi, contohnya rasuah kes rumah, kos naik kerana pemaju terpaksa keluarkan kos pelincir atau rasuah, projek infra rakyat, jalanraya, etc, ada berjuta pengguna yang ada hak-hak ke atasnya.

Maka, walau si mati tadi kaya raya dengan duit rasuah dan tak ada hutang , tetapi dia lebih teruk dan hina dan panjang urusan tuntutannya dari kubur ke mahsyar kelak.

Sumber-https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159110849992488&id=538457487


2 comments:

Lelakidicermin said...

Semua org ceta pasal tangkap..masa bicara..dan terima hukuman perasuah... tapi aku pernah tgk org yang telah menjalani hukuman akibat rasuah..sudah bebas.. org tu memang jenis tak tahu malu.patut dia pindah dari kws rumah tu..dia tetap duduk..perbelanjaan rumah isteri yg tanggung..nak kerja dah berusia..pandangan aku..hidup dia lagi terseksa dari hukuman penjara yang dia jalani..nak berkawan org tak berapa sudi.. buat kelakar kekwn tak ketawa benar...

Anonymous said...

Ikhlas, jujur, amanah, sabar, syukur, tawakal. 6 syarat bg kesempurnaan iman.
Tanpa satu saja drnya, cacatlah iman. Cacat iman, mk tiada jaminan keselamatan di Akhirat nanti. Bila iman cacat, amalan juga menjadi rosak. Mk bernilaikah amalan kebaikan yg dilakukan ?