Tuesday, March 9, 2021

JANGAN HARAMKAN PERKARA YANG TIDAK HARAM!


Kenyataan yang dikeluarkan sewenang-wenang itu telah ditegur oleh wakil pejabat Mufti. Kenyataan itu seolah-olah mengatakan jika seseorang tidak belajar tajwid adalah haram bagi mereka untuk membaca al-Quran.

Alhamdulillah kenyataan itu telah mendapat respon pantas daripada pejabat Mufti dan teguran telah dibuat terhadap kenyataan yang tidak benar itu.

Hakikatnya terdapat hadis sahih yang menyatakan bahawa fadhilat membaca al-Quran bagi mereka yang tidak lancar membacanya kerana baru belajar adalah lebih besar pahalanya daripada mereka yang sudah lancar.



Semoga dengan pencerahan ini orang awam  tidak lagi takut untuk membaca al-Quran sekaligus dapat membaiki bacaan, tajwid serta makhrajnya.


No comments: