Friday, March 19, 2021

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.


Bayangkan mereka yang kita amanahkan menjaga keselamatan dan harta benda kita bersekongkol dengan lintah darat dan penjenayah. 

Tidak menyatakan semua begitu tetapi segelintir itulah yang telah merosakkan imej PDRM dan kepercayaan orang ramai.

Laporan Sinar Harian:

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

“Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel).

“Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya dalam program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja kotor’.

Abdul Hamid menjelaskan, beliau begitu terkesan dengan perkara itu dan berharap kumpulan tersebut segera insaf.

“Ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu...dan tindak-tanduknya begitu.

“Ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik.

“Jadi saya minta mereka insaf. Sampai umur 60 nanti saya takut tak sempat bertaubat, kita keluar, hilanglah kekebalan baju biru..pakailah baju orang awam.

“Tiada lagi orang nak takut dengan kita sebab baju kita dah tak ada. Masa itu nanti jangan menyesal,” katanya.

Abdul Hamid, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

Sumber-https://www.sinarharian.com.my/article/128993/BERITA/Nasional/[EKSKLUSIF]-Kartel-dalam-PDRM-cuba-jatuhkan-saya


1 comment:

Anonymous said...

Rasuah dalam negara kita ini dah kronik...Rasuah dikalangan ahli [olitik jangan cakaplah .Ini rasuah dikalangan penjawat awam terutama penguatkuasa masyaallah...Tak heranlah apa yang dikatakan oleh Bos PDRM tu...