Wednesday, March 31, 2021

ADAKAH ORANG NI NAK KATA DIA LEBIH HEBAT DARIPADA NABI?


Sesungguhnya tiada suatu riwayat daripada hadis mahupun ayat daripada al-Quran yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW mampu mengislamkan orang yang telah meninggal tetapi muncul pula manusia yang mengakui mampu berbuat demikian.

Kecelaruan apakah ini? Apakah ini tipu daya syaitan?

Sila baca kupasan ini:

Nak bagi tahu....


Apabila sudah meninggal dunia, tidak lagi bermanfaat bagi jenazah mengucapkan dua kalimah syahadah.


Demikian juga ketika sakaratul maut.


Firman Allah s.w.t.,


وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّىٰ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَٰئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا


Dan tidaklah taubat itu diterima oleh Allah daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan.


Di mana apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) dia berkata: 


"Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". 


Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. 


Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan seksa yang pedih. (al-Nisa' 4:18)


Selain itu sila rujuk kisah Firaun dalam surah Yunus 10:90-91.


Moga Allah pelihara kita daripada para pendusta agama.


Sumber-https://www.facebook.com/100001729279888/posts/3797453893655549/

 

1 comment:

Unknown said...

ini tanda akhir zaman mengada2kan yang tiada