Bayangkanlah lebih 40 tahun kita dijamu dengan bangkai.
Sindiket ini sungguh bijak merasuah pegawai kerajaan yang lemah imannya.
Kesannya lebih 40 tahun kita tertipu. Seperti yang dinyatakan oleh UZAR kesannya akan mempengaruhi juga kredibiliti negara kita sebagai hub halal dunia.
Logo halal yang dikeluarkan negara kita boleh dipertikaikan kesahihannya.
Sikap tidak mendedahkan jenama daging yang terjejas juga telah dikritik hebat oleh pelbagai pihak.
Apa salahnya jika didedahkan jenama-jenama pengeluar daging yang menggunakan logo halal palsu itu?
Kepentingan siapa yang kita mahu jaga?
Pengguna muslim atau kapitalis keparat yang menipu ummat Islam setelah sekian lama?
1 comment:
kroni sapa... dah 40 tahun... 22 tahun 22 bulan kroni atok kaya raya, belen lagi kroni PM lain...
Terhegeh hegeh SPRM jer buat kerja... muskil kann kannn..!! Wawasan 2020 last minggu ni... kita dapat apa dng wawasan 2020 ni sebenarnya..!?
Post a Comment