Saturday, December 5, 2020

ADA KEMUNGKINANKAH KITA SEMUA PERNAH MAKAN BANGKAI INI?

Foto-Sinar Harian

 

1,500 tan!!! Bayangkan daging bangkai yang kita terlepas pandang sebelum ini. 

Ada kebarangkalian dan kemungkinan kita pernah membeli dan menjamah daging bangkai itu.

Allah Maha Pengampun semoga kita diampunkan kerana tidak mengetahui tetapi sudah tiba masanya kita berubah dan tidak mengambil mudah tentang perkara ini.

Sudah tiba masanya kita menyokong pembekal² daging muslim tempatan dan mula membeli daging segar dan terjamin halalnya.

Mujurlah serbuan telah dibuat dan kerja kotor itu didedahkan kepada masyarakat.

Dalang kerja jahat dan kotor ini perlu didedahkan kepada umum. Individu yang bersekongkol juga perlu diheret kemuka pengadilan dan diberi hukuman berat.

Sekian.





No comments: