Wednesday, September 16, 2020

MANUSIA MACAM NI TIDAK LAYAK SAMBUT HARI MALAYSIA.


 

Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya. Sebab itu, saya kecewa apabila Presiden Warisan, Shafie Apdal baru-baru ini mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding dengan Kerajaan Filipina.

Perlu difahami, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan. Malaysia TIDAK mengiktiraf tuntutan tersebut. Jadi, tiada sebab mengapa kita perlu berunding dengan mereka. Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas. Atau sebenarnya memang Shafie anggap tuntutan Filipina berasas?

Sebagai pemimpin Sabah, Shafie sepatutnya lebih tegas, bukannya cuba beri muka kepada pihak luar yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah. Pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh - tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah!

Sumber: FB Hishammuddin Hussein

https://www.facebook.com/72613804354/posts/10157965466199355/


Berunding dengan manusia yang mahu merampas Sabah memang tindakan yang sangat kurang bijak (baca: bangang).

Sekian.

No comments: