Foto-TTKM
Media Sosial 6 Julai: Warganet Malaysia yang lebih dikenali sebagai askar bawang menyerang laman facebook Al Jazeera 101 East dan akaun youtube Al Jazeera English berhubung dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang diterbitkan melalui program 101 East stesen telivisyen satelit Qatar tersebut.
Dokumentari tersebut mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.
Sedutan dokumentari tersebut berdurasi 58 saat yang dimuat naik di laman FB Al Jazeera setakat ini mendapat 67,000 komen selain 47, 000 emoji marah.
Rata-rata komen warganet pula mendakwa dokumentari tersebut tidak profesional, memutar belit fakta selain cuma memaparkan cerita sebelah pihak sahaja.
Sumber: TTKM
https://ttkm.com.my/2020/07/06/laman-fb-dan-youtube-aljazeera-diserang-askar-bawang/amp/
Update yang aku dapat, warga Bangladesh yang fitnah Malaysia tu dah tutup akaun Facebook, syarikat yang warga Bangladesh itu mengaku berkerja menafikan dia adalah perkerja syarikat itu dan langsung tidak menyokong kenyataan warga Bangladesh itu tentang Malaysia.
Nampaknya padah menjolok sarang tebuan sudah dirasai warga Bangladesh tersebut.
AL-JAZEERA pula setakat ini belum buat sebarang kenyataan.
Menteri kanan DS Ismail Sabri pula minta AL-JAZEERA bagi senarai negara yang layan PATI macam warga sendiri.
Jelas apa yang AL-JAZEERA buat sangat menyalahi etika kerana mengambil pendapat sebelah pihak tanpa menyiasat perkara sebenar seperti sengaja ingin memburukkan negara kita dimata dunia.
Pihak Polis mengeluarkan kenyataan akan memanggil pihak AL-JAZEERA untuk disoal siasat dan memberi keterangan.
Jabatan Imigresen Malaysia pula kini sedang giat mencari individu warga Bangladesh tersebut.
4 comments:
Ko serang hari2 pun ada AlJazeerah kisah...
sy penyokong PH dan sy setuju dgn tindakan yg diambil kerajaan berkaitan hal ini....
Itulah dikatakan negaraku cintaku tak kisahpun malaysia tak jadi kudis dgn berita mcm dibeli😠ðŸ˜
Fitnah dah jadi business. Ada fitnah ada upah.
Post a Comment